Thursday 3 November 2016

ISU TELEFON BIMBIT - KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Jelaskan implikasi penggunaan alat komunikasi tersebut kepada  pelajar.

Pendahuluan :  Pada hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu terhadap anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling menyatakan janji setia dan menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual melalui perantara teknologi 3G. Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh teknologi telefon bimbit yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi siber. Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai lambang gaya hidup, malahan menjadi kemestian kepada setiap individu. Kewujudannya walaupun dianggap sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era milenium, namum tetap memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.

Positif :
Isi 1 :  Membentuk transformasi gaya hidup yang lebih moden dan sofistikated – keperluan terhadap teknologi semakin bertambah – memberi inovasi kepada pelajar agar cepat celik teknologi
Isi 2 :  Alat telekomunikasi mudah alih untuk keselamatan pelajar – peningkatan kes jenayah seperti penyeludupan kanak-kanak dapat dicegah – ibu bapa dapat mengawal pergerakan anak-anak
Isi 3 :  Memperluas jalinan/jaringan sosial – berlaku transformasi gaya hidup apabila jalinan rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas etnik mahupun keluarga – boleh berkongsi maklumat terutama yang berkaitan dengan pelajaran

 Negatif :
Isi 4 :  Pembaziran dalam aspek ekonomi dan masa – peningkatan drastik teknologi telefon bimbit memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya – pembaziran wang semata-mata untuk ‘kepuasan’ air liur dan telinga – masa banyak terbuang (golongan pelajar dan remaja yang banyak terbabit)
Isi 5 :  Masyarakat (pengguna) semakin terdedah kepada gejala fitnah dan adu domba – maklumat palsu dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat moden
Isi 6 :  Generasi Y sebagai mangsa teknologi yang berkembang secara pantas – masih mentah untuk mencari manfaat daripada mudarat – tersepit antara kecanggihan teknologi dengan kemerosotan nilai moral, etika dan nilai agama

Kesimpulan :  Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah transformasi dunia, namun masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal di sebalik kecanggihan teknologinya. Harga sama ada dalam  aspek ekonomi, moral, mahupun keselamatan menjadi sangat mahal pada hari ini kerana ancaman berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu, masyarakat pengguna hendaklah bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu yang mempunyai kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.

No comments:

Post a Comment