Terdapat beberapa konflik dalam setiap novel yang telah anda kaji semasa di Tingkatan 4 dan 5.
Berdasarkan dua buah novel tersebut huraikan satu
konflik yang dialami oleh watak utama dan cara watak utama  menyelesaikan konflik tersebut. 
Rangka jawapan berdasarkan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (Abdul Latib bin Talib) dan Novel Tirani (Beb Sabariah).
KONFLIK WATAK UTAMA LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : ADNAN BIN SAIDI
| 
   KONFLIK  | 
  
   LANGKAH MENGATASI  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Watak utama novel ini
  iaitu Adnan mengalami konflik dengan Budin sewaktu zaman kecilnya. (Bukti peristiwa) Konflik dengan Budin bermula setelah tamat  perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai
  Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai
  Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai
  Ramal. Konflik ini menjadi buruk akibat ejek-mengejek antara penyokong
  kedua-dua pasukan tersebut.  | 
  
   Bagi meredakan keadaan tidak puas hati itu, mereka
  mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Mereka membuat
  gelanggang tinju di tepi sungai dan memaksa Adnan dan Budin bertinju bagi
  menunjukkan kekuatan pasukan masing-masing. Dalam perlawanan tersebut, Adnan
  dan Budin saling mengacah namun tiada yang memulakan tumbukan. Adnan yang
  mempunyai ilmu seni silat hanya bertahan kerana dia tidak mahu
  menyalahgunakan ilmu silat yang dipelajarinya. Akhirnya, Adnan dan Budin
  bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi
  sahabat. Mereka bersalam-salaman dan berpelukan sebagai tanda berdamai
  walaupun penyokong pasukan masih tidak berpuas hati.  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Watak utama, Adnan juga
  mengalami konflik pelekehan rakan-rakannya 
  berkaitan dengan cita-citanya untuk menjadi askar.  (Bukti peristiwa) Nordin dan beberapa rakannya memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
  tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya
  pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi
  orang buruan Inggeris. Adnan juga dihina kerana ingin berkhidmat dengan
  penjajah yang telah menjajah Tanah Melayu. Malah, Adnan sanggup bersekolah di
  Sekolah Inggeris.  | 
  
   Bagi menyelesaikan konflik ini, Adnan bersabar
  dengan pelekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan
  sekampungnya itu. Baginya, Nordin dan rakan-rakannya itu tidak memahami niat
  Adnan iaitu untuk berkihdmat dengan Tanah airnya sendiri dan bukannya menjadi
  hamba pihak British. Semangatnya berjuang semasa peperangan dan kejayaan
  menjadi rekrut terbaik membuktikan bahawa tanggapan Nordin serta rakan-rakannya
  itu salah. Adnan kembali ke kampung dengan kejayaan dan mendapat pangkat
  dalam ketenteraan malah telah mendapat anugerah khas daripada King George IV
  sewaktu ke London. Adnan telah menjadi kebanggaan seluruh kampungnya.  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Watak utama, Adnan menghadapi konflik dengan ibunya
  berkaitan dengan cita-citanya untuk menjadi askar. (Bukti Peristiwa) Selepas tamat
  pembelajaran dengan cemerlang dari Sekolah Inggeris, Adnan menyuarakan
  cita-citanya kepada ibu bapanya. Pak Saidi menerima baik cita-cita Adnan
  namun, Mak Milah langsung tidak bersetuju dengan hasrat Adnan untuk menjadi
  askar. Mak Milah lebih berbangga sekiranya Adnan bekerja di pejabat atau
  menjadi seorang guru.  | 
  
   Adnan meredakan konflik ini dengan menjadi seorang
  guru di Sekolah Sungai Ramal. Namun selepas setahun berkhidmat sebagai guru,
  Adnan mengambil keputusan untuk menyertai Rejimen Askar Melayu setelah
  kedatangan pihak British ke kampung mereka bagi mencari rekrut tentera yang
  baharu. Adnan meleraikan konflik dengan memujuk ibunya serta menjelaskan niat
  sucinya untuk berbakti kepada negara tercinta. Akhirnya, Mak Milah merestui
  pemergian Adnan untuk menjalani rekrut sebagai tentera di Kem High Lines Port
  Dickson.  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Watak utama, Adnan menghadapi konflik dengan tentera
  Jepun sewaktu mengetuai Kompeni C mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit
  Candu.  (Bukti peristiwa) Leftenan Adnan
  yang mengetuai Kompeni C telah menghadapi serangan sengit daripada tentera
  Jepun. Peristiwa pertama adalah sewaktu sepasukan askar Jepun yang menyamar
  sebagai tentera Sikh cuba merapati kubu pertahanan Leftenan Adnan di Pasir
  Panjang. Selepas itu, Leftenan Adnan juga menhadapi tentangan yang amat
  sengit dengan jumlah askar Jepun yang lebih ramai di Bukit Candu. Pertahanan
  Bukit Candu amat penting bagi melindungi depot penyimpanan senjata dan
  ubat-ubatan iaitu Alexandria. Keadaan semakin sukar apabila semakin ramai
  anggota tentera Melayu mati, cedera parah dan mereka kehabisan peluru serta
  bom tangan.  | 
  
   Konflik di Pasir Panjang dapat ditangani oleh
  Leftenan Adnan dan pasukannya. Leftenan Adnan yang bijak telah berjaya
  mengesan teknik penyamaran askar Jepun dengan mengamati senjata mereka yang
  mempunyai bayonet serta formasi tentera yang salah. Malah, saiz mereka juga
  kecil jika dibandingkan dengan saiz tentera Sikh. L.Adnan telah mengarahkan
  pasukannya menembak mati semua tentera Jepun yang menyamar tersebut. Pasukan
  L.Adnan menang. Sementara itu, di Bukit Candu, L.Adnan menyedari bahawa
  mereka tidak akan mampu menang dengan jumlah askar Jepun yang semakin
  bertambah. L.Adnan mengarahkan pasukannya berlawan dengan jarak dekat setelah
  kehabisan peluru dan bom. Dia memberikan semangat kepada pasukannya untuk
  terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dan tidak melarikan diri
  dari medan perang. Akhirnya, kesemua mereka terkorban. Terakhir kali, L.Adnan
  dilihat oleh Koperal Yaakob yang cedera parah, diseret dan digantung di bawah
  pokok ceri. L.Adnan telah diserkup dalam guni dan ditikam sehingga mayatnya
  hancur oleh tentera Jepun. Hal ini membuktikan bahawa L.Adnan bersikap tidak
  menyerah kalah dan rela mati demi negara.  | 
 
KONFLIK WATAK UTAMA NOVEL TIRANI : WAHEEDA NURLYANA HAJI FADHIL
| 
   KONFLIK  | 
  
   LANGKAH MENGATASI  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama
  ialah konflik Waheeda antara dirinya dan ibu
  bapanya berkaitan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik pada
  wajahnya.   (Bukti peristiwa)  Konflik ini tercetus
  apabila Waheeda merupakan seorang gadis biasa yang mahu menjadi cantik dan
  berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Hidungnya yang kemet 
  atau pesek ini menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si
  Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Waheeda
  memasang niat untuk membuat pembedahan plastik di bahagian hidung dan
  matanya.  | 
  
   Bagi mengatasi
  konflik dirinya yang mahu kelihatan cantik, Waheeda telah menyatakan hasrat
  tersebut kepada ibu bapanya iaitu Raidah dan Fadhil. Namun begitu, bapa
  Waheeda tidak menggalakkannya kerana 
  bercanggah dengan hukum agama. Ibu Waheeda terus memujuk anaknya
  supaya tidak melakukan perkara yang dihajatinya. Waheeda menerima baik
  nasihat ibu bapanya dengan menerima keadaan dirinya. Namun selepas peristiwa
  mukanya dicakar monyet belanda yang mengakibatkan parut yang dalam, Waheeda
  telah menjalani pembedahan kosmetik di SMC Singapura dan menjadi sangat
  cantik. Hal ini telah menyelesaikan konflik dalamannya. Ibu bapanya juga
  terpaksa membenarkan Waheeda menjalani pembedahan tersebut.  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Selain itu, watak utama, Waheeda juga menghadapi konflik
  dengan suaminya, Zahid berkaitan pelbagai tuduhan dan rasa cemburu dalam
  hubungan rumah tangga mereka.  (Bukti peristiwa) Konflik ini
  tercetus apabila Zahid telah menemui Waheeda di sebuah bilik penginapan
  penghuni di Chalet Tajau Emas. Zahid berasa cemburu dan salah sangka atas
  kesetiaan Waheeda itu. Zahid juga berasa cemburu kerana Waheeda bersahabat
  baik dengan Halloway dan Dr.Rushdi semasa dia di Singapura. Rentetan daripada
  peristiwa itu, Zahid telah mempertikaikan status anak yang dilahirkan oleh
  Waheeda setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada anak
  perempuannya itu yang tidak mewarisi kecantikan mereka berdua.  | 
  
   Bagi menyelesaikan konflik ini, Waheeda telah menerangkan bahawa dia
  benar-benar mencintai Zahid dan tidak pernah bersikap curang dalam hubungan
  perkahwinan mereka. Waheeda juga telah melakukan ujian DNA ke atas anaknya
  dan menyerahkan laporan ujian tersebut kepada Zahid sebagai bukti kesetiaan
  dan status anak perempuan mereka. Bagaimanapun, Zahid menolak untuk melihat
  laporan tersebut lalu menceraikan Waheeda dengan talak 1 dalam kemarahannya.  | 
 
| 
   (Ayat utama jawapan) Watak utama, Waheeda juga mengalami konflik dalaman
  antara dirinya selepas penceraian dengan suaminya, Zahid. (Bukti Peristiwa) Konflik ini
  tercetus selepas Waheeda tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah
  diceraikan oleh suaminya dengan talak 1. Bukan itu sahaja, penceraian itu
  juga amat menyakitkan kerana Waheeda telah dituduh curang dalam hubungan
  mereka lalu menyebabkan Zahid tidak mengakui anak yang baharu sahaja
  dilahirkan itu adalah darah daging mereka. Zahid juga tidak melihat langsung
  laporan DNA tersebut. Waheeda telah mengalami tekanan perasaan yang teruk
  lalu dia mengalami migrain meroyan dan tekanan mental.  | 
  
   Bagi mengatasi konflik dalaman ini, Waheeda telah bersetuju untuk
  menjalani rawatan psikologi di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur.
  Keluarga Waheeda telah membawanya menjalani rawatan dengan Dr.Qamariah.
  Waheeda meluahkan semua kekesalan dan permasalahannya yang mengakibatkan
  penceraiannya kepada Dr.Qamariah. Melalui sesi kaunseling tersebut, Waheeda
  kembali pulih dan bersemangat untuk menjalani kehidupan yang baharu. Waheeda
  kembali menumpukan perhatian ke atas anaknya yang terabai sepanjang dia
  mengalami depresi. Malah, Waheeda telah mengambil keputusan membeli Chalet
  Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz dan memulakan kehidupan baharu di Cameron
  Highland bersama anak perempuanya, Izzati.  | 
 
Terima kasih Nota ni amat membantu sangat,👍👍
ReplyDelete#spmpromax
Itula sama la kita
DeleteItula samalah kita
Deleteitulah samalah kita
Deletesaya rujuk ya
ReplyDeleteTerima kasih sebab buat nota ni. Senang nak buat rujukan
ReplyDeleteye
ReplyDelete👍👍👊
ReplyDeleteuntuk konflik watak utama yang dapat diselesaikan oleh watak sampingan ada tak ?
ReplyDelete