Wednesday 2 September 2020

KARYA PELAJAR : PANTUN 3 SEKAWAN

 Image may contain: 6 people, people smiling

Pantun Tiga Sekawan

 

Tiga sekawan tinggalnya di desa,

namanya Muthu, Mei Lin dan Intan.

Janji berkawan hingga dewasa,

Agar terpelihara segala persahabatan.

 

Muthu dia seorang India,

Suka makan roti canai,

Dia berkongsi dengan rakannya,

Enak dimakan beramai-ramai,

 

Mei Lin pula berbangsa Cina,

Char kuey teow selalu jadi kegemaran,

Dihidang kemas di atas meja,

Marilah kawan-kawan kita makan.

 

Intan yang ayu gadis Melayu,

pandai menganyam daun ketupat.

Marilah Mei Lin dan juga Muthu,

Saya ajarkan cara melipat.

 

Sudah dewasa mereka bertiga,

Semakin jauh renggang hubungan.

Selepas berhijrah hidup di kota,

semakin lupa adat kebudayaan.

 

Mereka bertiga ibarat simbolik,

Hidup bersama bukannya pelik.

Jika hubungan tak dijaga baik,

Masalah perkauman tiadalah titik.

 

Oleh itu, wahai rakyatku,

Syukurlah akan persahabatan rakanmu.

Jagalah adab apapun bangsamu,

Supaya negara aman bersatu!

 

 

Cetusan Minda : 3 sekawan, Jaslyn, Syaza dan Sriganesh (5 Edison)


1 comment:

  1. 3D model 3 - Titanium Road Bike - Titanium Wheels
    The new 3D where can i buy titanium trim model 3 in Thrive has a sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide solid aluminum handle design that is a ford edge titanium 2021 sure bet to make your hypoallergenic titanium earrings system a titanium block A. The only exception to the basic concept,

    ReplyDelete