ADAT
SEZAMAN (Wan Nazihah Wan Abdullah)
Peradaban
zaman semakin berlalu
meninggalkan
kesan mendalam
terlalu
indah apabila dipandang
terlalu
mulia apabila diselidik
santun
si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si
tua tersenyum mesra
memandang
teruna dara
sama
cantik sama padan
berganding
bersama
di
singgahsana …
Masa
itu telah jauh
zaman
sudah berlalu
santun
sang dara
dan
warak sang teruna telah lenyap
si
tua berduka lara
memandang
teruna dara
berganding
tanpa silu
tanpa
hormat
tanpa
batasan
adapt
sezaman ditinggal jauh
adat
agama dipandang remeh
adat
kuning jadi ikutan.
Maksud
Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada
masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari
aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan
bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang
mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas
pelamin.
Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam
kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki
yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus
globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka
berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada
sesetengahnya yang melampaui batasan agama.
TEMA
Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.
PERSOALAN
1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat
timur amat indah dan mulia dalam
kehidupan masyarakat terdahulu.
2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda.
Pada hari ini anak muda
bergaul bebas tanpa rasa malu.
3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap
generasi muda. Golongan tua
berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya
kuning yang menjadi ikutan
dan sanjungan.
4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan
unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri
daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.
BENTUK SAJAK
1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah
perkataan yang tidak terkawal.
3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
4. Sajak berbentuk bebas.
NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : warak si teruna jadi ikatan
2. Aliterasi :pengulangan konsonan l
Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris
4)
3. Asonansi
:pengulangan vokal a
Contoh : sama cantik sama padan
4. Metafora
Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)
5. Anafora
Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1,
baris 3)
terlalu mulia apabila diselidik
(rangkap 1, baris 4)
6. Inversi
Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)
adat agama dipandang remeh (rangkap
1, baris 21)
NILAI
1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak
gadis dan teruna mempunyai budi
pekerti yang tinggi..
2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu
menghindarkan seseorang itu
daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti
akan menjunjung adat ketimuran.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh
kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu
menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra
yang melanggar norma-norma hidup.
2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh.
Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan
menjunjung adat ketimuran.
3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang
rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya
terhindar daripada pergaulan bebas.
Soalan
1. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat
Sezaman.
2. Mengapakah golongan muda perlu memelihara adat
mengikut ajaran agama?
Jawapan:
1. Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman
ialah persoalan adat
ketimuran yang tinggi nilainya, persoalan pergaulan bebas
dalam kalangan anak muda serta persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap
generasi muda yang menyanjung budaya kuning.
2. Golongan muda perlu memelihara adat mengikut ajaran
agama untuk menghindarkan mereka daripada terjebak dengan budaya kuning yang
mengagungkan pergaulan bebas.
No comments:
Post a Comment