Mahsuri
(Zurinah Hassan)
Rangkap 1
Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan
sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau
Langkawi. Mahsuri
digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat
hasad dengki dan dendamnya
terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah
suci Mahsuri yang mengalir
berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah
tamatnya tempoh sumpahan
Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan
pesat dan maju.
Rangkap 2
Penyajak menzahirkan
pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada
yang mengatakan kisah
Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah
Mahsuri itu benar dan
keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya
menjadikan lagenda itu lebih
mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada
kemajuan Langkawi. Hasil
karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan
tanah air tercinta.
TEMA
Sejarah dan sastera yang
begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.
PERSOALAN
1. Persoalan fitnah dalam
kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah
yang menimpa dirinya.
Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi
putih.
2. Persoalan sumpah dan
dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah
menimbulkan dendam sehingga
terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.
3. Persoalan sastera dan
sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi
hasil sastera yang bernilai.
4. Persoalan mengharumkan
nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah
memahsyurkan nama Langkawi
diserata dunia.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada dua
rangkap
2. Bilangan barisnya tidak
sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala
rangkap kedua ada sebelas
baris.
3. Mengandungi antara satu
hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas iaitu
abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.
5. Sajak ini berbentuk
bebas.
NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA
1. Pemilihan kata atau
diksinya indah.
Contoh : air matamu dingin
embun.
2. Aliterasi :pengulangan
konsonan m
Contoh : rambutmu menjadi
jalur hitam (rangkap 1 baris 5)
3. Asonansi :pengulangan
vokal u
Contoh : menyambut tetamu
pulau
4. Metafora
Contoh : terapung di laut
malam (rangkap 1, baris 6)
5. Hiperbola
Contoh : melengkung tujuh
tanjung (rangkap 1, baris 10)
Putihlah pulau ini (rangkap 1,
baris 11)
6. Sinkope
Contoh : kerana tanpamu
7. Personifikasi
Contoh : nyanyian ombak pagi
(rangkap 1, baris 4)
NILAI
1. Nilai menghargai. Sejarah dan
sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang
bernilai tinggi.
2. Nilai kesetiaan. Mahsuri
digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada
suaminya.
3. Nilai patriotisme.
Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan
negara bangsa yang berjaya.
4. Nilai kreativiti
penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi
hasil sastera yang indah.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghargai
sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai
kebaikannya kepada
pembangunan negara.
2. Janganlah kita suka
menfitnah seseorang tanpa usul periksa.
3. Kita hendaklah berfikiran
kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.
Soalan
1. Nyatakan tema sajak
Mahsuri.
2. Nyataka dua faktor Pulau
langkawi popular sebagai destinasi pelancongan negara.
Jawapan
1. Tema sajak Mahsuri ialah
sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana
ekonomi negara.
2. Dua faktor Pulau Langkawi
menjadi popular sebagai destinasi pelancongan negara ialah
kisah lagenda Mahsuri dan
keindahan dan keunikan pulau itu.
Wanita ini adalah waris Mahsuri ke tujuh - Wan Aisyah namanya.
No comments:
Post a Comment