Bil | Kemungkinan-kemungkinan ayat pelajar : | Markah |
1 | Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis. Contoh : Winston Churchill ialah seorang negarawan Inggeris yang ulung | 1 |
2 | Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain. Contoh : Kakak telah menyusun pinggan mangkuk diatas para-para. | 1- ½ = ½ |
3 | Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa Contoh : Ayah Ahmad bersifat kepala batu. | 0 |
4 | Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas Contoh : Nani telah menubuhkan Syarikat Usahawan Kreatif Sdn.Bhd. untuk mengedarkan produk kosmetik ciptaannya. | 0 |
5 | Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat. Contoh : Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan benda tersebut. | 1 |
6 | Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih Contoh : Ramli pulang ke rumah pada jam 10 pagi dan Ah Chong mengajak Leman pergi menonton perlawanan hoki. | 1- ½ = ½ |
7 | Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai satu ayat sahaja Contoh : Negarawan Indonesia itu pernah berkecimpung sebagai usahawan setelah menjadi cendekiawan dalam bidang ekonomi di samping terkenal sebagai budayawan dalam permainan wayang kulit Jawa. | 1 |
8 | Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan Contoh : Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar. | 0 |
9 | Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya. Contoh : Wajah pari-pari itu sangat mengerikan. | 1- ½ = ½ |
10 | Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara Contoh : Pak Kassim ialah seorang negarawan Malaysia yang terkenal. | 0 |
11 | Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi. Contoh : Seekor ular sawa yang besar telah membelit tubuh wanita itu. Perkataan kedua : berbelit-belit ( calon tidak membuat ayat ) | 0 |
SALAM SEJAHTERA... CEPATNYA MASA BERLALU. BANYAK E-MEL CIKGU TERIMA. TETAPI KESIBUKAN YANG MELAMPAU MENGHALANG CIKGU UNTUK MEMBALAS E-MEL ATAU PUN MEMBACA KOMEN-KOMEN PELAJAR. SELAMAT MAJU JAYA! DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN. Orang bijak pandai pernah berkata "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Thursday, 29 September 2011
TATABAHASA - Pemarkahan Bina Ayat
Labels: BM Tingkatan 5
TATABAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment