Alkisahnya, lepas-lepas raya ni, mood ke dapur pun kurang. Maklumlah dah penat beraya. Tapi mengenangkan perut suami yang perlu diisi, kena la jugak memasak kan... Aku pun menghala ke kedai runcit Acheh dekat dengan rumah tu. Satu per satu tong ikan di kedai tu aku bukak. Dalam kepala nak cari sotong. Buat sambal sotong pun sodapp.. Terpandang pulak aku akan ketam yang besar-besar dalam salah satu tong tu. Selalu aku malas beli ketam petang-petang ni. Bukannya apa, nantinya isinya dah tak fresh. Aku belek-belek ketam tu. Agak berat jugak. Teringat mak aku pesan dulu-dulu, kalau beli ketam, pastikan ketam tu berat, bermakna isinya masih segar. Aku pun timang-timang ketam tu. Hmmm.. macam berat.. Fikirkan selera suami yang memang suka makan ketam tu, aku pun belilah. Termasuk sotong yang agak besar.
Sampai je rumah, aku terus memasak. Senang sangat setakat nak buat masak lemak cili api ketam ni. Bagi yang selalu memasak, ini adalah antara masakan termudah dan sedap untuk dibuat. Ambil beberapa biji cili padi (dalam 7-8 biji) tambah lagi kalau nak pedas dan 3-4 ulas bawang kecil. (Aku guna cili padi merah, so memang menyengat la) Kalau rajin, tumbuk, kalau nak cepat blender jer... Titik 1 -2 batang serai. Kalau ada daun kunyit masukkan sehelai yang dah dikoyak-koyakkan. Sebiji santan. (Aku beli santan perahan siap jer. Yang bungkusan kecil. Mahal la santan sekarang ni. RM1.70). Masukkan semua bahan tu ke dalam periuk anda. Jangan lupa kunyit secukup warna. Garan secukup rasa. Kalau yang suka monosodium glutamate a.k.a pak aji, boleh la masukkan secukup rasa jugak. Dan, bahan rahsia masak lemak cili api.. tentulah asam keping. Masukkan sekeping jika besar. kalau terlebih masam nanti, spoil la pulak rasanya...
Tadaaa.. Ini lah hasilnya...
Memang puas ati giler ah.. Isinya mampat. Hubby balik kerja bukak tudung saji, tadaaa... ketam besar-besar. Hubby makan memuji-muji. Berbaloi balik kerja penat-penat memasak. Isinya yang manis dan masin, macam boleh rasa air laut dalam.. Tiada apa yang memuaskan hati bila tengok suami makan nasi bertambah hanya berlaukkan ketam seekor. Aku beli pun 3 ekor jer. Sorang sekor. Lagi seekor untuk dia makan malam. Aku nak kongsi pun tak sampai hati. Biar hubby makan puas-puas. Lagi pun aku sedang elakkan makan malam. Dietttt kununnn.. So, para pembaca, selamat memasak. Kalau jumpa ketam yang besar dan berat, jangan lupa beli dan masak macam ni. Berbaloi-baloi....
One more pic.. selamat menjamu mata..... ehehe.. Sekian...
No comments:
Post a Comment