Thursday 29 September 2011

TATABAHASA - Pemarkahan Bina Ayat

Bil
Kemungkinan-kemungkinan ayat pelajar :
Markah

1

Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis.
Contoh :  Winston Churchill ialah seorang negarawan Inggeris yang ulung


1

2

Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain.
Contoh : Kakak telah menyusun pinggan mangkuk diatas para-para.



1- ½ = ½

3

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
Contoh : Ayah Ahmad bersifat kepala batu.


0

4

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas
Contoh : Nani telah menubuhkan Syarikat Usahawan Kreatif Sdn.Bhd. untuk mengedarkan produk kosmetik ciptaannya.


0

5

Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat.
Contoh : Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan benda tersebut.


1

6

Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih
Contoh :  Ramli pulang ke rumah pada jam 10 pagi dan Ah Chong mengajak Leman pergi menonton perlawanan hoki.


1- ½ = ½

7

Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai satu ayat sahaja
Contoh : Negarawan Indonesia itu pernah berkecimpung sebagai usahawan setelah menjadi cendekiawan dalam bidang ekonomi di samping terkenal sebagai budayawan dalam permainan wayang kulit Jawa.




1

8

Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan
Contoh :  Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar.


0

9

Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya.
Contoh : Wajah pari-pari itu sangat mengerikan.


1- ½ = ½

10

Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara
Contoh : Pak Kassim ialah seorang negarawan Malaysia yang terkenal.


0

11

Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi.
Contoh : Seekor ular sawa yang besar telah membelit tubuh wanita itu.
               Perkataan kedua : berbelit-belit ( calon tidak membuat ayat )




0

No comments:

Post a Comment