Wednesday 7 September 2011

CONFLAKES MADOOO...

Salam Syawal,

Kiter nak share resepi conflakes madu ni sebelum raya lagi sebenarnya, tapi sibuk bebenor la katakan nak berbloging ni.. Bukan tak teringin nak buat kuih raya yang lain, tapi memang sibuk kerja. Mujur cuti skolah mula awai sebelum raya. Jadi hanya dapat buat cornflakes madu je lah. Itu pun aku buat sampai 15 kotak. Nasib baik sepupu (Diana Dasila) dan anak jiran (Nadrah Rahman) tolong. Bukan untuk aku jer aku buat, untuk mak aku, mertua, mak long, jiran, maksu, bakal mertua Diana pun nak jugak... Hmmm... Bengkok belakang dok susun conflakes masuk paper cup tu... K Lah... Inilah cara-cara membuatnya :- (Untuk sekali bancuhan)

1. Sediakan bahan-bahannya seperti, conflakes 250g, madu 5 sudu jer, butter cup separuh jer, setengah cawan gula (aku guna brown sugar)...



 1. Masukkan conflakes 250g tadi ke dalam bekas yang agak besar. (Supaya mudah nak mengacau nanti)
 2. Masukkan separuh daripada seketul buttercup dan setengah cawan gula ke dalam periuk. Masak perlahan-lahan dengan api yang kecil sehingga bula mencair bersama butter. Untuk jumlah gula, kepada yang suka manis-manis tu, boleh lebihkan gula. Pada aku, setengah cawan gula ni pun dah cukup manis. Nanti nak letak madu lagi kannn...
 3. Kemudian, larutan butter dan gula tadi boleh terus dijiruskan ke atas conflakes yang telah dimasukkan ke dalam bekas tadi tu kan. Jirus panas-panas pun tak pa. lagi senang nak kacau. Dah sejuk nanti melekat pulak.
 4. Gaul rata. Sambil gaul tu, boleh masukkan pulak 5 sudu madu dan gaul-gaulkan lagi.
 5. Bila dah siap gaul, masukkanlah conflakes anda tu ke dalam cup yang comel-comel tu. Susun di atas dulang pembakar. Jangan sendat sangat. Nampak plain jer kan bila dah susun.
 6. So, untuk membuatkan conflakes madu anda nampak menarik, taburkan la hiasan-hiasan bergula yang pelbagai yang ada di pasaran tu. Suka hati. Apa-apa pun boleh. Kalau nak gaul kacang, badam atau gajus pun boleh.
 Yang ini pula setelah ditaburkan chocolate rice. Yang atas tu saja aku letak gula berbentuk bintang dan bulan. Sempena raya la katakan...
7. Tadaaaa... Dah siap dibakar. Sepatutnya bakar dalam 10-15 minit. Tapi aku bakar dalam 6-7 minit jer. Tujuan membakar conflakes madu adalah untuk mencairkan semua butter dan gulanya supaya kepingan conflakes tu melekat sesama sendiri bila sejuk. Jadi, tak la terkeluar dari cupnya. Kalau bakar lama, bawahnya akan kekuningan dan melekat pula dengan paper cup tu. So, ikut suka korang lah.
8.  Bila dah sejuk, susunlah dalam jar atau bekas kuih korang.
Anak sedare aku (Syaza Izzaty dan Syaza Syahirah) pun buat jugak conflakes madu ni masa raya lepas. Tapi, uniknya resepi mereka, mereka campurkan sedikit garam sewaktu mencairkan butter. Jangan terlebih pulak. Masin lak korang punya kuih nanti. Garam tu nak menerbitkan rasa lemak masin. Pada aku, butter tu dah ada kemasinannya, so, tak letak garam pun takpe.


Akhir kata, selamat mencuba resepi ni walaupun tak raya sebab budak-budak sukaaaa sangat makan cornflakes. Dan aku, masih lagi menikmati conflakes madu yang aku buat, penuh aroma wangi butter, dan kemanisan yang seadanya.

No comments:

Post a Comment