Sunday 3 July 2011

NOVEL - CONTOH-CONTOH SOALAN

Untuk soalan Novel (4a & 4b) , semua aspek kajian sastera, pemahaman, kemahiran berfikir dan kemahiran mengarang perlu diberi perhatian. Aspek-aspek tersebut perlu dikuasai, difahami dan dihayati oleh calon untuk menghasilkan jawapan yang tepat, lengkap, terperinci dan kemas. Berikut adalah contoh soalan yang ditanya dalam bahagian Novel.

 
  • menjelaskan dua peristiwa semangat tolong-menolong dalam masyarakat
  • menjelaskan dua contoh nilai tanggungawab
  • menghuraikan dua nilai berdikari
  • menjelaskan dua peristiwa tindakan watak utama yang wajar diberi pujian
  • menghuraikan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca
  • menjelaskan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca
  • menjelaskan dua persoalan yang berkait dengan kepimpinan
  • menjelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian
  • menghuraikan cara watak utama menimbulkan kesedaran dalam kalangan pembaca
  • menghuraikan bentuk kepincangan masyarakat dalam novel
  • menjelaskan pengorbanan yang telah dilakukan oleh satu watak ( 2 novel )
  • menghuraikan perbezaan latar masyarakat ( 2 novel )
  • menghuraikan satu peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu dalam menyelesaikan masalah (2 novel)
  • menghuraikan satu perwatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan rapat dengan watak utama ( 2 novel)
  • menjelaskan dua pengajaran ( 2 novel )
  • menghuraikan satu peristiwa kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah ( 2 novel )
  • membandingkan perwatakan satu watak sampingan ( 2 novel )
  • menjelaskan perselisihan pendapat yang terdapat antara watak

Kesimpulannya, antara penekanan yang harus diberikan pada soalan genre novel sama ada peringkat soalan umum mahupun aspek KOMSAS termasuklah:

(a) peristiwa yang membawa kejutan kepada pembaca(b) peristiwa yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca
(c) bahagian cerita yang memperlihatkan peristiwa yang terdahulu semula (imbas kembali)
(d) peristiwa yang menimbulkan cabaran kepada watak sampingan
(e) peristiwa yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan (seperti tanggungjawab, keberanian, ketabahan, kebijaksanaan, dan lain-lain lagi)
(f) peristiwa yang menggambarkan kepincangan masyarakat dalam novel (latar masyarakat yang bersifat negatif)
(g) peristiwa yang berkait dengan pelbagai persoalan (seperti persoalan semangat kerjasama, persoalan tanggungjawab, persoalan kasih sayang, dan sebagainya).
(h) perbandingan watak utama atau kelebihan watak utama
(i) perbandingan watak utama dengan watak sampingan
(j) perbandingan antara watak sampingan
(k) perbandingan klimaks dalam novel dan
(l) perbandingan kesudahan cerita dalam novel.

No comments:

Post a Comment