Thursday 1 November 2012

OBESITI

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menHuruf condongikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Perhatian : terdapat beberapa lagi isi yang boleh dimuatkan dalam esei pendek
ini. sebagai contoh, sekiranya isu melibatkan masyarakat, anda
boleh mencadangkan suatu kempen kesedaran dijalankan oleh
pihak kerajaan dan bukan kerajaan.


Perkataan hari ini :

1. Pelbagai = berbagai-bagai
2. Mengelakkan = menghindarkan, menjauhkan, menyingkirkan
3. Punca = pangkal, sebab bermula, sumber, asal

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KESAN-KESAN OBESITI
- Aktiviti bersukan terhad
- Kurang produktif
- Perbelanjaan meningkat
- Terdedah kepada penyakit kronik


CONTOH JAWAPAN
Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini. Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai implikasi negatif berpunca daripada obesiti.

Antara kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti ialah aktiviti bersukan terhad. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.

Selain itu, mereka yang  menghidap obesiti akan berisiko terdedah kepada penyakit kronik. Penyakit serius seperti serangan jantung, penyakit darah tinggi, diabetes dan barah buah pinggang sukar diubati malah rawatannya memakan kos yang tinggi, walaupun di hospital kerajaan.

Seseorang penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif. Hal ini demikian kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk bergerak, secara langsung pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan lalu membawa kepada paras produktiviti yang tidak memuaskan.

Di samping itu,  perbelanjaan akan meningkat kerana seseorang penghidap obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan cenderung untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan.

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif? Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

(247 patah perkataan)

Cara Mengatasi Masalah Kegemukan.

1.Berpuasa:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kuih kerana kuih mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

2.Penjagaan makanan:
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasi sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera:
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. Salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.

4.Bersenam:
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

5.Kawal nafsu makan:
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

2 comments:

  1. Sharing is caring
    Badan yang terlalu berat atau di kenali sebagai obesiti, sebenarnya bakal mengundang banyak penyakit merbahaya. Jadi, untuk menurunkan berat badan, memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda berminat untuk menguruskan badan, anda boleh layari blog saya di kebaikanvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ramai dah diet tp berat badan tak gak turun2. Salah satu puncanya metabolisme rendah dan cara diet yg silap. Sebelum nak diet kena faham apa yg bdn perlukan baru lah mudah nak capai taget berat bdan idaman. Nak turun berat 5 ke 12kilo? Layari http://infoibusihat.blogspot.com atau hubungi midz@0163385790.

    ReplyDelete