Monday, 15 April 2013

Kari Ikan Pelaling Semudah ABC

Hoho.. Petang ni terlebih rajin.. Kata orang, sepenat mana pun isteri tu bekerja, perut suami kena la jugak jaga. Jaga perut sendiri yang berkeroncong sama jugak ni. Dan saya tulis melalui phone je.. Dah lama tak menulis dalam Menu Pilihanku.. Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan resepi kari ikan pelaling.. resepi paling mudah dan bahan-bahannya berkemungkinan ada di dapur setiap orang.

Kita mulakan dengan bahan-bahannya :-

1. Tentulah kita perlukan ikan. Untuk kari ikan paling mudah dan termurah, tadaaaa... kita sediakan beberapa ekor ikan pelaling.. (ikan apa-apa pun boleh aje asalkan ikan laut.. ikan darat perlukan resepi istimewa sedikit).. Siangkan ikan anda.. Basuh sebersihnya.. Ketepikan..

2. Seterusnya bahan rampai untuk kuah. Sediakan bendi. Cili besar hijau kalau ada. 2 biji pun cukup. Saya tak masukkan sebab lupa kirim Encik Hubby semasa dia ke kedai. Kebetulan dalam peti ais saya ada tomato ceri. Sedap juga kalau dicampurkan sekali.


3. Untuk bahan tumis, sediakan 2-3 ulas bawang merah, 2-3 ulas bawang putih, halba campur dan 2 tangkai daun kari. Ini lah sebenarnya bahan-bahan paling penting untuk asas masakkan kari yang sangat harum. Tanpa 4 bahan ini, tak payahlah berangan nak buat kari ya.


Bahan tumis ini anda kupaskan, basuh.. hiris nipis seperti di gambar di bawah. Ada juga yang suka kalau nak tumbuk kasar jangan terlalu halus, boleh ajer.. tak salah...


4. Sudah semestinya juga kena ada rempah kari ikan. Gunalah jenama rempah apa pun. Suka hati anda. Berapa banyak? 2 paket kecil untuk hidangan maximum 6- 8 ekor ikan pelaling. Tak sedap sangat kalau kari ikan terlalu pekat. Saya bancuhkan rempah ikan dengan sedikit air. Kalau nak bancuh dengan air asam jawa pun boleh juga. Ambil asam jawa saiz besar sedikit daripada ibu jari kaki anda. Sediakan air asam jawa.


5. Cara memasak :- Masukkan minyak ke dalam periuk anda. Setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Minyak kena agak-agak cukup untuk cover masak rempah nanti. Masakkan kari utara selalunya banyak minyak. Kari yang berminyak akan nampak cantik menyelerakan. Saya kurangkan sedikit. Kalau sikit sangat, nanti rempah tak masak atau tak "pecah minyak".

Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan rempah anda. Kecilkan sedikit api kerana rempah cepat hangit. Sentiasa kacau sekejab-sekejab untuk pastikan rempah tidak hangit sehinggalah "pecah minyak". Kemudia masukkan air asam jawa. Renehkan sekejab.


Kemudian masukkan ikan-ikan anda. Masukkan sedikit air untuk mengurangkan kepekatan rempah tadi. Agak-agak la. Jangan cair.  Masukkan garam sesedap rasa. Setelah agak masak ikan tu, masukkan santan kelapa. Jangan banyak. Sebiji santan dah cukup. Ini bukan kari mamak. Rasa sedikit. Kalau kurang masam, tambahkan sedikit lagi air asam jawa, jika kurang masin tambahkan sedikit lagi garam, sesedap lidah anda. Masukkan juga bendi dan ceri tomato tadi. Encik Hubby dan adik saya sentiasa sukakan bendi separuh masak. Jadi sentiasa masukkannya akhir sekali. Bendi akan masak sendiri dengan kehangatan kuah walaupun setelah api ditutup.

Tada... kari siap... sangat mudah.. nampak macam panjang dan susah nak disediakan sebab saya membebel je bila menulis. wahaha... Kalau dah ada kari ikan, saya suka makan dengan sambal belacan yang diperah limau nipis.. sediakan ulam.. lagi la perghhh.. at least potongan timun segar pun sedap.. krap kruppp rangup diulamkan... Sayur? Tak perlu la sebab bendi n tomato tu dah dikategorikan sayur jugakkan.. wahaha.. (malas)  Tambah ikan goreng... Nasik panas-panas yang dimasak lembut.. (aku tak suka nasi keras)  jom mamammmmm..... Bismillah...





No comments:

Post a Comment