TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN
Soalan 2 :
DIMENSI IBU BAPA
ISU :
AMALAN BERBUDI BAHASA
SOALAN :
Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa.
KATA KUNCI
1 : QUDWAH HASANAH.
Kata Kunci
|
Ayat
|
Huraian
|
Ayat Judul
|
1
|
Langkah paling dominan ialah
ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak.
|
What?
Apakah
contoh teladan yang
mesti ditunjukkan?
|
2
|
Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati
orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah sentiasa menjalinkan hubungan baik
sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yang sakit, membantu orang yang
memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
|
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh
teladan dapat menjayakan amalan ini)
Kata-kata
menarik/Peribahasa
ISU
|
3-7
|
Ibu bapa yang bertutur
secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang
baik kepada anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah dalam
kehidupan seharian. Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga
/ sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan mereka, sudah
pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri anak-anak kerana kata
peribahasa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering bersedekah
dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong anak-anak
agar melakukan amalan yang sama. Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka.
Selain itu. hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan
Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya
berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti bertutur secara kasar, tidak
menghormati orang lain dan bersikap seperti enau, melepaskan pucuk
masing-masing sudah pasti sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi
bahasa kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
|
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
|
8-11
|
Ibu bapa mesti menunujukkan
contoh teladan yang terbaik kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat
hangat-hangat tahi ayam.
|
Ayat Penegasan
|
|
Jelaslah, ibu bapa mestilah
menjadi qudwah hasanah terbaik untuk
memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.
|
KATA KUNCI
2 : PERATURAN DAN HUKUMAN.
Kata Kunci
|
Ayat
|
Huraian
|
Ayat Judul
|
1
|
Langkah yang pragmatik ialah
ibu bapa mestilah menetapkan peraturan
dan melaksanakan hukuman.
|
What?
Apakah
contoh peraturan /
hukuman yang mesti dilaksanakan
|
2
|
Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah
seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan
anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa.
[Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah
seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, dilarang menganiayai
anggota keluarga, dan sebagainya]
Ibu bapa mestilah memberikan amaran
keras kepada anak-anak yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka
melakukannya berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak
melakukan kerja-kerja amal dalam
kawasan kejiranan mestilah dilaksanakan.
|
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah
peraturan dan hukuman dapat menjayakan amalan ini)
Kata-kata
menarik/Peribahasa
ISU
|
3-7
|
Sekiranya anak-anak mematuhi
peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan,
sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta
bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil sudah pasti amalan
berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata kesat,
menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan mestilah diberikan amaran yang keras dan dikenakan hukuman
yang setimpal seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama
dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan diri dalam
kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting
agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa benar-benar serius dalam hal ini.
Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi
kesilapan yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan amalan
berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini bertepatan dengan
kata-kata tokoh legalisme China,
Han Fei Tzu iaitu hanya undang-undang
yang ketat yang mampu mengawal tingkah laku manusia.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
|
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
|
8-11
|
Peraturan-peraturan yang
ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang
masa. Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini
kerana kata orang tua-tua alah bisa
tegal biasa. Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak kecil
kerana melentur buluh, biarlah dari
rebungnya.
|
Ayat Penegasan
|
|
Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam
kalangan anak-anak remaja.
|
KATA KUNCI
3 : PROGRAM.
Kata Kunci
|
Ayat
|
Huraian
|
Ayat Judul
|
1
|
Langkah yang tidak kurang
efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan
aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi anak-anak menyertai program-programm
yang dianjurkan oleh pihak lain.
|
What?
Apakah
contoh aktiviti /
program yang mesti dilaksanakan
|
2
|
Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong
anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka
seperti aktiviti yang dapat dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan
ke rumah kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program
yang dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan perumahan,
pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen
Budi Bahasa budaya Kita dan Program
Masyarakat Penyayang.
|
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah
aktiviti dan program dapat menjayakan amalan ini)
Kata-kata
menarik/Peribahasa
ISU
|
3-7
|
Usrah/tazkirah selepas
solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada
anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka. Lawatan
ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah golongan
istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap
dan keprihatinan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa
yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mestilah mempunyai
inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang
dijalankan mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik.
Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat anak-anak
seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk
Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-kata mereka
dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan
anak-anak bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan apa-apa
makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama menjayakannya. Ibu bapa mesti
memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi tidak boleh memaksa lembu
itu minum air. Selain itu, dalam Surah Ar Rad’ Ayat:11 Allah berfirman
“Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
|
When?
Bila/
tempoh
|
8-11
|
Program-program ini mestilah
dijalankan sekerap mungkin dan tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan
pada musim cuti persekolahan.
|
Ayat Penegasan
|
|
Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk amalan berbudi bahasa
dalam kalangan anak-anak remaja.
|
KATA KUNCI
4 : PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG.
Kata Kunci
|
Ayat
|
Huraian
|
Ayat Judul
|
1
|
Langkah yang juga efektif ialah
ibu bapa mestilah memberikan perhatian
dan kasih-sayang kepada anak-anak.
|
What?
Apakah bentuk
Perhatian dan kasih
sayang yang mesti diterapkan?
|
2
|
Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya
kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan
aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang
mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dan
tidak brrsikap pilih kasih juga perlu diamalkan.
|
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana
perhatian dan kasih-sayang dapat menjayakan amalan ini)
Kata-kata
menarik/Peribahasa
ISU
|
3-7
|
Ibu bapa mestilah memberikan
perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka
berasa disayangi. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi
lebih mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa. Ibu bapa
mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar rumah khususnya kerana
tutur kata dan tingkah laku mereka seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan
sebaya. Sekiranya, rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan
secara sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam pergaulan.
Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap biadap dan sering mengeluarkan
kata-kata kesat sudah pasti anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini
bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-kawan
mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar
kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar
bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa
mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi
bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikit
pun rasa jemu kerana lazimnya anak-anak mengambil masa yang lama untuk
menerima sesuatu. Datuk Dr Hi Mohd
Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulan-ulang nasihat yang
sama sebanyak 200 kali.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
|
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
|
8-11
|
Ibu bapa mesti sentiasa
berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun
sibuk dengan kerjaya atau urusan rumah tangga.
|
Ayat Penegasan
|
|
Jelaslah, didikan agama dan penerapan
nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan
remaja.
|
KATA KUNCI
5 : AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI.
Kata Kunci
|
Ayat
|
Huraian
|
Ayat Judul
|
1
|
Langkah yang juga efektif ialah
ibu bapa mestilah memberikan didikan
agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.
|
What?
Apakah
Didikan gama dan
Nilai-nilai Murni yang mesti diterapkan?
|
2
|
Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa
Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup
anak-anak. Nilai-nilai muni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa
berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil
supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.
|
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh
didikan agama dan NNM dapat menjayakan amalan ini)
Kata-kata
menarik/Peribahasa
ISU
|
3-7
|
Ibu bapa yang sentiasa mendidik
anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti
mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai
budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya
agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti
mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong dan bersikap
seperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak sentiasa akan mengawal
pertuturan dan tingkahlaku mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat
kelak. Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak
tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana mereka
yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan
menjayakan amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan
kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu bapa juga mestilah
menyedarkan anak-anak bahawa ajaran agama dan nilai-nilai murni yang telah
dipelajari tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu
mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan pepatah
Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa
amal ibarat pohon rending tanpa buah.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
|
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
|
8-11
|
Ibu bapa mesti memberikan
didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak
mereka masih kecil lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak
langsung.
|
Ayat Penegasan
|
|
Jelaslah, didikan agama dan
penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam
kalangan remaja.
|
Credit : Bahan perkongsian Kumpulan Telegram Guru-guru BM
good one .
ReplyDelete