Monday, 27 February 2017

KESAN POSITIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Terdedah dengan manfaat teknologi baru. Melalui penggunaan laman web sosial, pelajar yang dapat membiasakan diri mereka dengan fungsi baru internet yang dapat memberi banyak manfaat bagi mereka yang ingin mengambil peluang.
Kebanyakan pelajar mengadaptasikan media digital ini sebagai tempat untuk mereka berdialog, sebagai sumber utama isu semasa, sokongan serta bantuan akademik dari rakan sepegajian dan membangunkan komuniti maya.

Menaikan semangat dan motivasi Pelajar khasnya dan remaja umumnya amat mudah terkesan atau terpengaruh dengan keadaan persekitaraannya. Begitu juga dengan laman sosial, jika mereka mempunyai rangkaian rakan yang positif ataupun mengikuti mana-mana persatuan maya dalam laman web sosial tersebut yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan positif, ini serba sedikit akan memberi kesan kepada semangat mereka untuk mejadi seorang yang berjaya dan bermotivasi untuk menjadi seorang yang cemerlang.

Mudah untuk membuat hubungan Seperti yang diketahui fungsi utama laman sosial ini adalah untuk bersosial, dan keupayaan media ini telah mengembangkan hubungan antara rakan-rakan atau ahli keluarga mereka. Fungsi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membina hubungan baru, atau membaiki hubungan mereka dengan rakan mereka yang kurang rapat ketika offline atau di dalam kuliah.
Melalui kaedah ini mereka juga dapat menerokai masalah yang mereka hadapi dengan rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama atau hanya mencari bantuan akademik, ini secara tidak langsung memperkuatkan kemahiran komunikasi mereka sekaligus meningkatkan pengetahuan mereka.
Hal ini kerana ada kajian yang dilakukan oleh pelajar dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 2007 “Pelajar yang agak keberatan untuk bercakap di dalam kelas melibatkan diri mereka dalam perbincangaan melalui blog dan juga mereka menulis untuk audien internet.”
Oleh itu, kita dapat lihat bahawa lahirnya laman web sosial dapat membantu pelajar yang mungkin lemah dalam kelas, tetapi hakikatnya mereka berkembang dari segi pembelajaran mereka.

Tidak lagi keseorangan serta berhubung dengan dunia luar  
Tidak semua pelajar seorang yang memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik di kalangan rakan mereka atau jenis yang pemalu atau pendiam.
Atau bagi mereka yang memiliki masalah untuk berhubung dengan orang lain atas sebab tersendiri, seperti kurang berkeyakian, malu dengan penampilan diri dan sebagainya.
Laman web sosial memberi alternatif untuk mereka berkomunikasi dan dengan interaksi yang konsistan mampu untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat dan mengadakan hubungan susualan yang baik dengan mereka di dunia yang nyata.
Dalam laporan kajian yang dikeluarkan oleh Jacobsen & Forste pada tahun 2011, mereka telah menemui laman web sosial dan komunikasi telefon mudah alih menyumbang kepada interaksi sosial secara face to face, dan bukan mengambil alih peranan itu.  (Ann, 2010)

Bersangkaan baik pada diri sendiri – positif dan berkeyakinan  
Penggunaan laman web sosial mampu untuk menjadikan sesorang itu berkeyakinan dengan diri dan gembira. Menurut kajian CommonSense Media di laman webnya http://www.commonsensemedia.org, 75% kajian yang dilakukan ke atas pelajar 13 ke 17 tahun menunjukkan perkembangan yang baik dari segi emosi mereka, ini termasuklah dari segi keyakinan, kegembiraan, rasa simpati kepada orang lain dan berpandangan baik tentang diri mereka dan cuma 8% yang mempunyai sifat yang agak negatif setelah menggunakan laman web sosial seperti menjadi pemalu ataupun tertekan.  (Study, 2012)

Kecenderungan pembelajaran yang berubah  
Dengan persekitaran di laman web sosial yang menjadikan ianya satu trend yang sudah tidak dapat dielakkan lagi, dan bagi komuniti pelajar mengambil manfaat dari teknologi ini.
Pertama, mereka mendapati perkembangan dari segi hubungan sosial adalah amat penting dan melalui komuniti maya yang dibentuk dalam laman web sosial membolehkan mereka mengambil manfaat dari penglibatan mereka dalam komuniti yang disertai itu.  (Pudelko, 2003)
Kedua, bersosial dan belajar adalah dalam arus yang sehala yang mana menjadikan pembelajaran itu satu proses bersosial. Ketiga, maksud pembelajaran itu dicapai melalui penglibatan mereka dan ianya dapat dicapai apabila pembelajaran itu diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka.
Secara rumusannya, aspek-aspek ini memberi kesan bahawa penglibatan dalam komuniti laman sosial  memberi asas kepada pembelajaran sekaligus membina identiti pelajar tersebut.
Secara keseluruhannya, psikologi pelajar itu adalah penting bagi menyumbang kepada prestasi akademik yang memberangsangkan dan konsep pembelajaran yang baru melalui laman web sosial serba sedikit memberi kesan yang baik kepada para pelajar.
Hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar iaitu, persekitaraan pembelajaran yang bebas yang mana pelajar dapat mengawal secara keseluruhan pilihan mereka dari segi relevan kandungan, topik yang spesifik,  dengan beberapa faktor ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti pembelajaran dan kefahaman pelajar tersebut.


Sumber : gayahidupinternet.com

No comments:

Post a Comment