Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu
1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …
- salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)
- betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
- salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
- betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih
3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
- dari – rumus ATM
A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
- daripada – rumus KABOS
K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)
B – banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)
O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)
S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)
4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)
- salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
- betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan
- salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi
- betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
- salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
- betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)
- salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
- betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8 Pembentukan ayat pasif
- Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
- Surat itu telah kami hantar. (betul)
- Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
- Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
- Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
- Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).
9 Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan
- salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
- betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
- salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
- betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
- betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa
11 Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti
Pada
- berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)
- bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)
- bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)
Kepada
- menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)
- menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya)
- menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)
No comments:
Post a Comment