Cakap Ajuk Cakap Pindah
1.
Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam
bentuk tanda soal hendalah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan.
Contoh :
Cakap Ajuk
“Petang semalam engkau pergi ke
mana?” Tanya Jusoh kepada Ali.
Cakap Pindah
Jusuh menanya Ali ke mana dia
pergi pada petang semalamnya.
2.
Ayat-ayat untuk cakap pindah hendaklah dihubungkan dengan kata-kata
penghubung dan juga kata depan.
Contoh:
Sudin
: Man! Kita dah sampai ni. Jangan lupa, tanggal kasutmu sebelum kita
menyeberang parit itu.
Man
: Baiklah, Din. Nah, tolong pegang beg aku ni, Din!
Jawapan:
Sudin memberitahu Man yang mereka sudah sampai sambil mengingatkannya
supaya menanggalkan kasut sebelum menyeberang parit besar tersebut. Man
menyetujuinya tetapi meminta Sduin menolongnya memegang begnya.
3.
Beberapa kata ganti nama perlu diperhatikan, termasuklah kata ganti nama
orang yang pertama. Kata ganti pertama dalam cakap ajuk tidak berubah kiranya
yang bercakap itu diri yang pertama.
Contoh:
Cakap Ajuk
“Aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa rumah sebelum akhir bulan ini,” Aku memberitahu
penjual rumah
Cakap Pindah
Aku memberitahu penjual rumah yang aku akan menjelaskan wang pendahuluan
sewa rumah sebelum akhir bulan ini.
4. Kata ganti nama diri pertama dalam cakap ajuk
menjadi diri kedua apabila yang bercakap itu didi yang kedua.
Contoh:
Cakap Ajuk
Awak memberitahu saya. “Saya akan balik berjumpa orang tua saya pada
hujung minggu ini.”
Cakap Pindah Awak memberitahu saya yang awak akan balik berjumpa orang tua awak pada
hujung minggu ini.
5. Kata ganti diri pertama hendaklah
diubah menjadi kata ganti diri ketiga apabila orang yang bercakap itu diri yang
ketiga.
Contoh:
Cakap Ajuk Dia berpesan kepada saya, “Jika saya tidak
datang menjemput awak sebelum pukul dua petang ini bolehlah awak balik sendiri
dengan bas.”
Cakap Pindah
Dia berpesan kepada saya bahawa jika dia tidak datang menjemput saya
sebelum pukul dua petang bolehlah saya balik sendiri dengan bas.
6. Kata
ganti diri kedua tidak ada apa-apa perubahan kiranya yang dilawan bercakap itu
diri kedua.
Contoh:
Cakap Ajuk “Awak selalu lewat datang ke pejabat,” kata
saya kepada awak.
Cakap Pindah
Saya memaklumkan kepadanya bahawa
dia selalu lewat datang ke pejabat.
7. Kata
ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah menjadi kata ganti diri pertama
apabila yang dilawan bercakap itu diri pertama.
Contoh:
Cakap Ajuk Dia berkata kepada saya,”Awak memang rajin
tetapi segala kerja suka bertangguh-tangguh.”
Cakap Pindah Dia
memberitahu saya bahawa saya memang rajin tetapi segala kerja suka
bertangguh-tangguh.
8. Kata
ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah dipindahkan menjadi diri ketiga
apabila yang dilawan bercakap itu diri ketiga.
Contoh:
Cakap Ajuk Kata Samad kepada dia, “Tindakan awak itu membahayakan orang lain.”
Cakap Pindah
Samad memberitahu bahawa tindakannya membahayakan orang lain.
9. Beberapa perubahan dari segi masa
juga diambil kira;
sekarang =>
masa itu
hari ini => hari itu
esok => esoknya,
keesokannya
pagi tadi
=>
pagi itu
malam tadi => malam sebelumnya
semalam => semalamnya
tadi => tadinya
sini, di sini
=>
situ, di situ
ini => itu
begini => begitu
10. Apabila
terdapat tanda baca atau tanda soal perlulah dihilangkan dan diganti dengan
pemberitahuan sahaja.
Contoh:
Cakap Ajuk Jamal bertanya emaknya, “ Berapa ringgit harga
seluar itu mak?”
Cakap Pindah Jamal
menyoal emaknya berapa ringgit harga seluar itu.
No comments:
Post a Comment