Wednesday 29 June 2011

PROSA TRADISONAL HIKAYAT SIAK

Salam 1 Malaysia,
Ramai pelajar-pelajar merungut tidak memahami cerita HIKAYAT SIAK. Diharapkan dengan rujukan cerita di bawah ini, para pelajar tidak mengalami masalah lagi.
Secara ringkasnya :-

Pengenalan

Tuan Bujang ialah waris Marhum Mangkat Dijulang, yang pernah menguasai tampuk kesultanan Johor. Bagi mendapatkan semula haknya dan menuntut bela, baginda harus menempuh pelbagai cabaran dan ujian. Di Pagaruyung, baginda disahkan sebagai pewaris mahkota kerajaan Minangkabau, bergelar Yang Dipertuan Raja Kecik. Kemudian, baginda berangkat ke Mengkalis, bagi mengumpulkan anak-anak Minangkabau dengan niat mahu menyerang Johor. Baginda berpakat dengan Daeng Parani, seorang raja Bugis. Setiba di Kuala Johor, baginda berjaya menawarkan air masin sebagaimana yang diminta oleh orang Johor.  Setelah itu, baginda masuk ke Johor, lalu disambut dengan bedilan meriam yang tidak berbunyi, sebaliknya hanya keluar air. Baginda seterusnya mara ke istana tanpa tentangan kerana raja Johor (asalnya bendahara) yang telah melarikan diri (ke kampung Bendahara lama).

Dalam peristiwa lain, Yamtuan Muda Johor mengamuk lalu membunuh isteri dan anak-anak sendiri, kecuali seorang anak perempuan. Dia akhirnya dihukum bunuh. Sementara itu, Yang Dipertuan Besar Johor yang bertanggungjawab membunuh Marhum Mangkat Dijulang telah diampunkan. Tuan Bujang, tidak sempat bertemu dengan bondanya,  Encik Apung yang telah meninggal dunia, lalu dimakamkan dengan penuh adat kebesaran diraja.

Mulanya baginda hendak berkahwin dengan Tengku Tengah, yang telah ditunanginya. Namun, kerana Tengku Tengah tidak masuk menyembah pada hari raya, baginda tertarik hati pula kepada Tengku Kamariah, adik bongsu Tengku Tengah. Kesudahannya, baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Johor, bergelar Sultan Abdul Jalil Shah, dan bernikah dengan Tengku Kamariah.

Kisah secara terperincinya :-
Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor Lama . Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor.
Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana.
Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah negara di panggil Kerajaan Johor.
Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Ketika baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara)
Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut tahta kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara.
Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara. Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selat melalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung bertemu kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.
********************************************************************
TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan
i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.
iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil
iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh keturunan Bendahara.
v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar.
HIKAYAT SIAK
Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan
PERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA BAGI ORANG MINANGKABAU
KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG
1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam.
2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran dengan sultan di Kedah tetapi kalah.
3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian ayahandanya.
4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.
5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat berseri-seri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut segala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso
· sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja besar di Tanah Melayu.
· Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil.
6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya tetapi senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.
7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan yang berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raja Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan
· Pedang Sepurejab
· Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di
dalam batu permata tersebut )
· Lima depa rambut Puteri Jilan
· Dua butir kupang-kupang dan
· Sebuah cop mohor.
8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan memerintah;
§ Semua anak Minangkabau di laut
§ Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca
§ mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh anaknya dan orang Minangkabau .
9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan terkena sumpah kerana mengingkari perintah.
10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka mereka mesti memberi
· Dua puluh rial
· Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno)
· Obat sekati ( sekati peluru setinggar )
11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil
· Datuk Lebai Tasi
· Datuk Gergaji
· Raja Mendeling
· Sultan Pendalihan

No comments:

Post a Comment