Thursday, 27 July 2017

AMALAN BERBUDI BAHASA



TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN

Soalan 2                      : DIMENSI IBU BAPA

ISU                             : AMALAN BERBUDI BAHASA
SOALAN                   : Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa.

KATA KUNCI   1    : QUDWAH HASANAH.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah paling dominan ialah ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak.

What?
Apakah
contoh teladan yang mesti ditunjukkan?

2
Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yang sakit, membantu orang yang memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh teladan dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa












ISU
3-7
Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian. Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan mereka, sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama. Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti menunujukkan contoh teladan yang terbaik kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat hangat-hangat tahi ayam.
Ayat Penegasan

Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik  untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

KATA KUNCI   2    : PERATURAN DAN HUKUMAN.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan peraturan dan melaksanakan hukuman.

What?
Apakah
contoh peraturan / hukuman yang mesti dilaksanakan

2
Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa.
[Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, dilarang menganiayai anggota keluarga, dan sebagainya]
Ibu bapa mestilah memberikan amaran keras kepada anak-anak yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka melakukannya berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak
melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan mestilah dilaksanakan.
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah peraturan dan hukuman dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa










ISU
3-7
Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil sudah pasti amalan berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mestilah diberikan amaran yang keras dan dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa benar-benar serius dalam hal ini. Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei Tzu iaitu hanya undang-undang yang ketat yang mampu mengawal tingkah laku manusia.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak kecil kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Ayat Penegasan

Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.


KATA KUNCI   3    : PROGRAM.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi anak-anak menyertai program-programm yang dianjurkan oleh pihak lain.

What?
Apakah
contoh aktiviti / program yang mesti dilaksanakan

2
Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka seperti aktiviti yang dapat dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan ke rumah kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program yang dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan perumahan, pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa budaya Kita dan Program Masyarakat Penyayang.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah aktiviti dan program dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa





ISU







3-7
Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka. Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik. Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya.  Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi tidak boleh memaksa lembu itu minum air.  Selain itu, dalam Surah Ar Rad’ Ayat:11 Allah berfirman “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
8-11
Program-program ini mestilah dijalankan sekerap mungkin dan tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan pada musim cuti persekolahan.

Ayat Penegasan

Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.


KATA KUNCI   4    : PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG.
Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak.

What?
Apakah bentuk
Perhatian dan kasih sayang yang mesti diterapkan?

2
Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dan tidak brrsikap pilih kasih juga perlu diamalkan.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana perhatian dan kasih-sayang dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa


















ISU
3-7
Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa. Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya, rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-kawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu. Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulan-ulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti sentiasa berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya atau urusan rumah tangga.
Ayat Penegasan

Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.



KATA KUNCI   5    : AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.


What?
Apakah
Didikan gama dan Nilai-nilai Murni yang mesti diterapkan?

2
Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak. Nilai-nilai muni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.


Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh didikan agama dan NNM dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa















ISU
3-7
Ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong dan bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak sentiasa akan mengawal pertuturan dan tingkahlaku mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat kelak. Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana mereka yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan menjayakan amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa ajaran agama dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan pepatah Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon rending tanpa buah.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak langsung.
Ayat Penegasan

Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.



Credit : Bahan perkongsian Kumpulan Telegram Guru-guru BM

Monday, 24 July 2017

Kesan letupan nuklear

Kesan letupan nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
Ujian letupan Charlie 14 kilotan dalam Operasi Buster-Jangle di Nevada Proving Grounds 30 Oktober 1951. Warna merah/oren di atas cendawan awan adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh bahang panas bola api dengan kombinasi oksigen dan nitrogen yang terdapat secara semula jadi dalam udara. Oksigen dan nitrogen, walaupun secara umumnya tidak reaktif antara satu sama lain, bentuk spesies NOx apabila dipanaskan, khususnya nitrogen dioksida, menyebabkan warna tersebut.
 
Tenaga yang dibebaskan daripada senjata nuklear diletupkan dalam troposfera boleh dibahagikan kepada empat kategori asas:[1]
Bergantung kepada reka bentuk senjata dan persekitaran di mana ia diletupkan, tenaga yang diedarkan ini boleh bertambah atau berkurangan. Kesan letupan dicipta oleh gandingan jumlah tenaga yang besar, yang merangkumi spektrum elektromagnet, dengan persekitaran. Lokasi seperti bawah laut, permukaan, letusan udara, atau ekso-atmosfera menentukan berapa banyak tenaga yang dihasilkan sebagai letupan dan berapa banyak sebagai sinaran. Secara umum, medium yang lebih padat sekitar bom, seperti air, menyerap lebih banyak tenaga, dan mewujudkan gelombang kejutan lebih kuat dan pada masa yang sama menghadkan keluasan kesannya.
Apabila letusan udara berlaku, skala kesan letupan dan haba maut berkadaran lebih cepat berbanding kesan radiasi maut.[2]
Mekanisme kerosakan fizikal senjata nuklear (letupan dan radiasi haba) adalah sama dengan bahan letupan konvensional, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh letupan nuklear adalah berjuta-juta kali lebih kuat per gram dan suhu yang tercapai adalah secara ringkas dalam berpuluh-puluh juta darjah.
Tenaga dari letupan nuklear pada mulanya dikeluarkan pada beberapa bentuk sinaran menembusi. Apabila terdapat bahan sekitar seperti udara, batu, atau air, radiasi ini berinteraksi dengannya dan dengan pantas memanaskannya kepada suhu keseimbangan (iaitu supaya jirim tersebut pada suhu yang sama dengan jirim bom atom). Ini menyebabkan pengewapan bahan sekitarnya yang mengakibatkan pengembangan yang pantas. Tenaga kinetik yang dicipta oleh pengembangan ini menyumbang kepada pembentukan gelombang kejutan. Apabila letupan nuklear berlaku di udara berhampiran aras laut, banyak tenaga yang dibebaskan akan berinteraksi dengan atmosfera dan mencipta gelombang kejutan yang mengembang secara sfera dari hipopusat. Sinaran haba kuat di hipopusat membentuk bola api nuklear dan jika ledakan adalah cukup rendah, ia sering dikaitkan dengan cendawan awan. Dalam ledakan pada ketinggian tinggi, di mana ketumpatan udara adalah rendah, lebih banyak tenaga dilepaskan sebagai sinaran gamma dan x-ray pengion berbanding gelombang kejutan atmosfera.
Pada tahun 1942 terdapat beberapa spekulasi awal di kalangan para saintis yang membangunkan senjata nuklear pertama bahawa mungkin terdapat kemungkinan menyalakan atmosfera Bumi dengan letupan nuklear yang cukup besar. Ini akan melibatkan tindak balas nuklear daripada dua atom nitrogen membentuk karbon dan atom oksigen, dengan pembebasan tenaga. Tenaga ini akan memanaskan nitrogen yang tinggal yang cukup untuk memastikan tindak balas berterusan sehingga semua atom nitrogen dibakar habis. Hans Bethe telah diberi tugas untuk mengkaji sama ada terdapat kemungkinan pada zaman awal itu, dan membuat kesimpulan tiada kemungkinan disebabkan oleh penyejukan kesan Compton songsang terhadap bola api.[3] Richard Hamming, ahli matematik, telah diminta untuk membuat pengiraan yang sama sejurus sebelum Trinity, dengan keputusan yang sama.[4] Walau bagaimanapun, tanggapan itu telah berterusan sebagai khabar angin selama bertahun-tahun, dan merupakan sumber jenaka hitam dalam ujian Trinity.

Kesan langsung

Kerosakan akibat letupan

Julat tekanan lampau daripada 1 hingga 50 psi (6.9 hingga 345 kilopascal) daripada 1 kilotan TNT bagi letupan udara dalam fungsi ketinggian letupan. Keluk hitam nipis menunjukkan ketinggian letusan optimum bagi julat aras tanah yang diberikan. Perancang tentera memilih untuk memaksimumkan julat pada mana 10 psi, atau lebih, dilanjutkan di atas sasar-nilai apabila menyerang sasaran, dengan itu letupan ketinggian 220 m akan diutamakan untuk letupan 1 kilotan. Untuk mencari ketinggian letusan optimum bagi apa-apa hasil senjata, punca padu bagi hasil dalam kilotan didarabkan dengan H.O.B ideal untuk letupan 1 kt, misalnya ketinggian optimum letupan untuk senjata 500 kt adalah ~ 1745 m.[5]
Anggaran saiz kerosakan yang disebabkan oleh pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki sekuat 16 kt dan 22 kt.
Suhu yang tinggi dan sinaran menyebabkan gas bergerak keluar secara jejarian dalam cangkerang padat nipis dipanggil "perenggan hidrodinamik". Perenggan bertindak seperti omboh yang menolak terhadap dan memampatkan medium sekeliling untuk membuat gelombang kejutan mengembang secara sfera. Pada mulanya, gelombang kejutan ini adalah di dalam permukaan bola api yang sedang terbentuk, yang dicipta dalam isipadu udara yang dipanaskan oleh sinar-X "lembut" letupan. Dalam beberapan pecahan per saat, perenggan kejutan yang padat mengaburi bola api, dan terus bergerak melepasinya, kini mengembang ke arah luar, bebas daripada bola api, menyebabkan ciri dua nadi cahaya dilihat dari letupan nuklear, dengan lekuknya menyebabkan nadi berganda akibat kejutan interaksi gelombang dan bola api.[6] Adalah ciri letupan nuklear unik ini yang dieksploitasi ketika mengesahkan bahawa letupan nuklear atmosfera telah berlaku dan bukan semata-mata satu letupan konvensional yang besar, dengan alat radiometer dikenali sebagai Bhangmeter mampu menentukan jenis letupan.
Bagi letupan udara pada atau berhampiran paras laut, 50–60% daripada letupan tenaga yang menjadi gelombang letupan, bergantung kepada saiz dan hasil bom. Sebagai panduan, pecahan letupan yang lebih tinggi adalah untuk senjata yang hasil rendah. Tambahan pula, ia berkurangan pada altitud tinggi kerana terdapat kurang jisim udara untuk menyerap tenaga sinaran dan menukarkannya kepada letupan. Kesan ini adalah paling penting bagi ketinggian di atas 30 km, sepadan dengan <1 peratus daripada ketumpatan udara aras laut.
Kesan hujan ribut sederhana semasa letupan nuklear Operation Castle didapati menjejaskan, atau mengurangkan, tahap tekanan puncak kira-kira 15% pada semua julat.[7]
Kesan Besar Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki. Menerangkan kesan, terutamanya kesan letupan, dan tindak balas pelbagai jenis struktur kepada kesan senjata.
Banyak kemusnahan yang disebabkan oleh letupan nuklear adalah kerana kesan letupan. Kebanyakan bangunan, kecuali struktur bertetulang atau kalis letupan, akan mengalami kerosakan sederhana apabila dikenakan tekanan berlebihan hanya 35.5 kilopascal (kPa) (5.15 paun-daya per inci persegi atau 0.35 atm). Data yang diperoleh daripada kaji selidik Jepun mendapati bahawa 8 psi (55 kPa) adalah mencukupi untuk memusnahkan semua struktur kediaman kayu dan bata. Ini secara munasabah boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang mampu menghasilkan kerosakan teruk.[8]
Angin letupan di paras laut mungkin melampaui satu ribu km/j, or ~300 m/s, menghampiri kelajuan bunyi di udara. Julat bagi kesan letupan meningkat dengan hasil letupan senjata dan juga bergantung kepada altitud letusan. Bertentangan dengan apa yang mungkin dijangkakan daripada geometri jarak letupan tidak maksimum bagi permukaan atau letupan altitud rendah tetapi meningkat dengan altitud sehingga satu "altitud letusan optimum" dan kemudian berkurangan dengan cepat bagi ketinggian yang lebih tinggi. Ini adalah disebabkan oleh tingkah laku gelombang kejutan yang tak linear. Apabila gelombang letupan dari letusan udara sampai ke permukaan bumi, ia dipantulkan. Di bawah sudut suatu pantulan tertentu, gelombang yang terpantul dan gelombang langsung bergabung dan membentuk gelombang mendatar yang diperkuat, ini dikenali sebagai 'stem Mach' (dinamakan sempena Ernst Mach) dan adalah satu bentuk interferens membina.[9] [10] [11] Interferens membina ini adalah fenomena yang bertanggungjawab bagi benjolan atau 'lutut 'dalam graf julat tekanan lampau di atas.
Bagi setiap matlamat tekanan lampau, terdapat ketinggian optimum letusan tertentu di mana julat letupan dimaksimumkan ke atas sasaran di darat. Dalam ledakan udara biasa, di mana jarak letupan dimaksimumkan untuk menghasilkan kerosakan teruk dengan kesan terbesar, iaitu julat yang paling besar ~10 psi (69 kPa) tekanan dilanjutkan ke atas, adalah GR/julat darat 0.4 km untuk 1 kilotan (kt) hasil TNT; 1.9 km untuk 100 kt; san 8.6 km bagi 10 megatan (Mt) TNT. Ketinggian optimum letusan untuk memaksimumkan julat kemusnahan darat teruk yang diingini bagi bom 1 kt adalah 0.22 km; bagi 100 kt, 1 km; dan untuk 10 Mt, 4.7 km.
Dua fenomena berbeza yang serentak dikaitkan dengan gelombang letupan di udara:
  • Tekanan lampau statik, iaitu, peningkatan mendadak dalam tekanan yang dikenakan oleh gelombang kejutan. Tekanan lampau pada mana-mana titik adalah berkadar langsung dengan ketumpatan udara di dalam gelombang.
  • Tekanan dinamik, iaitu, daya seret yang dikenakan oleh angin letupan diperlukan untuk membentuk gelombang letupan. Angin ini menolak, menggoyang dan mengoyakkan objek.
Kebanyakan kerosakan material yang disebabkan oleh ledakan udara nuklear adalah disebabkan oleh gabungan tekanan lampau statik yang tinggi dan angin letupan. Pemampatan panjang geombang letupan melemahkan struktur, yang kemudiannya dimusnahkan oleh angin letupan. Fasa mampatan, vakum dan seret bersama-sama boleh bertahan beberapa saat atau lebih, dan mengenakan kuasa berkali-kali lebih besar daripada hurikan yang paling kuat.
Bertindak ke atas tubuh manusia, gelombang kejutan menyebabkan gelombang tekanan melalui tisu. Gelombang ini kebanyakannya merosakkan pertembungan antara tisu-tisu dengan ketumpatan yang berbeza (tulang dan otot) atau antara muka di antara tisu dan udara. Paru-paru dan rongga perut, yang mengandungi udara, akan teruk tercedera. Kerosakan itu menyebabkan pendarahan teruk atau embolisme udara, yang kedua-duanya boleh cepat membawa maut. Tekanan lampau dianggarkan merosakkan paru-paru pada kira-kira 70 kPa. Sesetengah gegendang telinga mungkin akan pecah sekitar 22 kPa (0.2 atm) setengah akan pecah antara 90 dan 130 kPa (0.9 ke 1.2 atm).
Angin letupan: Tenaga seret angin letupan adalah berkadaran kepada halaju padu mereka didarab dengan jangka masa. Angin ini boleh mencapai beberapa ratus kilometer sejam.

Sinaran terma

USSBS (Tinjauan Strategik Pengeboman Amerika Syarikat) rakaman senyap terutamanya analisis kecederaan bakar kilat untuk mereka yang berada di Hiroshima. Pada minit 2:00, seperti bentuk selaran matahari, perlindungan yang diberikan oleh pakaian, dalam kes ini seluar, dengan jururawat yang menunjuk kepada garis penandaan di mana seluar mula benar-benar melindungi bahagian bawah badan daripada terbakar. Pada 4:27 adalah boleh disimpulkan dari bentuk terbakar bahawa lelaki itu berhadapan dengan bola api dan memakai vest yang pada masa letupan dan lain-lain. Banyak kelecuran mempamerkan corak penyembuhan keloid timbul. 25 orang wanita yang terselamat memerlukan pembedahan pasca perang secara lanjutan, dan digelar sebagai gadis Hiroshima.
Senjata nuklear mengeluarkan sejumlah besar sinaran haba sebagai cahaya tampak, inframerah, dan ultraungu, yang sebahagian besarnya lutsinar di atmosfera. Ini dikenali sebagai "Kilat".[12] Bahaya utama adalah luka bakar dan kecederaan mata. Pada hari yang cerah, kecederaan ini boleh berlaku juga di luar julat letupan, bergantung kepada hasil senjata.[2] Kebakaran juga boleh dimulakan oleh sinaran haba awal, tetapi angin kencang berikut disebabkan oleh gelombang letupan boleh memadamkan hampir semua kebakaran itu, kecuali hasil adalah sangat tinggi, di mana julat jarak kesan haba jauh melebihi julat jarak kesan letupan, seperti yang diperhatikan dalam julat multi-megatan.[2] Ini kerana keamatan kesan letupan menurun dengan dengan kuasa ketiga jarak dari letupan, manakala keamatan kesan radiasi menurun dengan kuasa kedua jarak itu. Ini mengakibatkan julat kesan haba meningkat dengan ketara berbanding julat letupan apabila peranti dengan hasil yang lebih tinggi diletupkan.[2]
Sinaran haba mengambil antara 35-45% daripada tenaga yang dibebaskan dalam letupan, bergantung kepada hasil peranti. Di kawasan bandar, pemadaman kebakaran yang dicetuskan oleh sinaran haba mungkin perkara kecil, kerana kebakaran mengejut mungkin juga boleh dimulakan dengan pintasan elektrik yang disebabkan kesan letupan, gas api pandu, dapur terbalik, dan sumber pencucuhan lain, seperti mana yang berlaku pada masa sarapan ketika pengeboman Hiroshima.[13] Sama ada atau tidak kebakaran kedua ini seterusnya dapat dilenyapkan memandangkan bata dan bangunan konkrit moden yang kalis api meruntuh akibat gelombang letupan yang sama adalah tidak pasti, tidak kurang juga, kerana kesan menopeng landskap bandar moden terhadap haba dan letupan sentiasa diperiksa.[14]
Apabila kerangka bangunan mudah terbakar dihambur di Hiroshima dan Nagasaki, ia tidak membakar secepat jika ketika masih berdiri. Serpihan yang sukar terbakar yang dihasilkan oleh letupan sering melindungi dan menghalang pembakaran bahan mudah terbakar.[15] Pakar-pakar kebakaran mencadangkan bahawa tidak seperti Hiroshima, kerana sifat reka bentuk dan pembinaan bandar AS moden, ribut api pada zaman moden adalah tidak mungkin selepas berlakunya letupan nuklear.[16] Ini tidak bermakna kebakaran tidak boleh bermula, tetapi bermakna bahawa kebakaran ini tidak akan membentuk ribut api, sebahagian besarnya disebabkan oleh perbezaan antara bahan binaan moden dan yang digunakan dalam era Hiroshima Perang Dunia II.
Terdapat dua jenis kecederaan mata daripada sinaran haba daripada senjata:
Kebutaan kilat disebabkan oleh kilatan cahaya cemerlang awal yang dihasilkan oleh letupan nuklear. Lebih banyak tenaga cahaya yang diserap pada retina berbanding yang boleh diterima, tetapi kurang daripada yang diperlukan untuk kecederaan kekal. Retina adalah mudah terdedah kepada cahaya tampak dan panjang gelombang inframerah pendek, kerana bahagian spektrum elektromagnet ini ditumpu oleh kanta pada retina. Hasilnya ialah pelunturan pigmen visual dan buta sementara sehingga 40 minit.
Lecuran dilihat pada seorang wanita di Hiroshima semasa letupan. Warna-warna yang lebih gelap daripada kimono beliau pada masa letupan sesuai dengan kesan terbakar dapat dilihat dengan jelas pada kulit yang menyentuh bahagian pakaian yang terdedah kepada sinaran haba. Memandangkan kimono bukanlah pakaian jenis ketat, beberapa bahagian yang tidak menyentuh kulitnya secara langsung dilihat sebagai selang dalam corak, dan kawasan yang lebih ketat berhampiran pinggang mempunyai corak yang lebih jelas.
Lecuran retina yang mengakibatkan kerosakan yang kekal daripada parut juga disebabkan oleh penumpuan tenaga haba langsung pada retina oleh kanta. Ia akan berlaku hanya apabila bola api benar-benar dalam medan penglihatan individu dan akan menjadi kecederaan yang agak luar biasa. Lecuran retina boleh kekal pada jarak yang agak jauh dari letupan. Ketinggian letupan, dan saiz ketara bola api, fungsi hasil dan jarak akan menentukan sejauh mana tahap parut retina. Parut dalam medan visual pusat akan jadi lebih meruncing. Secara umumnya, kecacatan medan penglihatan terhad yang paling berkemungkinan adalah yang hampir tidak ketara.
Penyalaan sebenar bahan bergantung kepada berapa lama denyut haba berlarutan serta ketebalan dan kelembapan kandungan sasaran. Berdekatan sifar bumi di mana fluks tenaga melebihi 125 J/cm2, apa sahaja yang boleh membakar, akan terbakar. Yang lebih jauh, hanya bahan yang paling mudah dinyalakan akan bernyala. Kesan pembakaran diburukkan lagi oleh kebakaran kedua yang dimulakan oleh kesan gelombang letupan seperti dari dapur dan relau yang dirosakkannya.
Di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, ribut api yang besar terbina dalam tempoh 20 minit selepas letupan dan memusnahkan lebih banyak bangunan dan rumah-rumah, dibina daripada bahan-bahan yang kebanyakannya kayu 'rapuh'.[13] Ribut api mempunyai angin daya ribut bertiup ke arah pusat api dari semua arah mata angin. Ia bukanlah satu perkara baru khusus bagi letupan nuklear, telah diperhatikan dengan kerap dalam kebakaran hutan besar dan serangan semasa Perang Dunia II. Walaupun kebakaran memusnahkan kawasan besar bandar Nagasaki, tiada ribut api sebenar berlaku di bandar itu, walaupun senjata yang mampu memberi hasil lebih tinggi telah digunakan. Banyak faktor yang menerangkan kerumitan ini, termasuk masa pengeboman yang berbeza daripada Hiroshima, rupa bumi, dan kejituan, muatan bahan api/ketumpatan bahan api yang lebih rendah di bandar itu berbanding dengan Hiroshima.
Nagasaki mungkin tidak mempunyai bahan api yang mencukupi untuk mewujudkan ribut api berbanding dengan kawasan bangunan banyak di tanah datar di Hiroshima.[17]
Apabila sinaran haba bergerak, sedikit atau banyak, dalam garis lurus daripada bola api (kecuali ia berselerak) mana-mana objek legap akan menghasilkan bayang-bayang perlindungan yang memberi perlindungan daripada kebakaran kilat. Tambahan pula, bergantung kepada sifat bahan permukaan yang di belakangnya, kawasan yang terdedah di luar bayang-bayang perlindungan akan sama ada dibakar kepada warna yang lebih gelap, seperti kayu hangus,[18] atau warna yang lebih cerah, seperti asfalt.[19]
Jika terdapat sebarang fenomena cuaca kabus atau jerebu semasa letupan nuklear, ia akan menyerakkan kilatan, apabila samaai ke bahan-bahan mudah terbakar dari semua arah di bawah keadaan tersebut, objek legap kurang berkesan kerana ia hanya menunjukkan kesan pembayangan maksimum dalam persekitaran penglihatan yang sempurna (cuaca cerah) dan sifar serakan. Serupa dengan hari berkabus atau mendung, walaupun sedikit bayang-bayang yang dihasilkan oleh matahari pada ketika itu, jika ada, sebenarnya tenaga suria yang sampai ke bumi dari sinar inframerah matahari adalah berkurangan dengan ketara, kerana ia diserap oleh air awan dan tenaga juga sedang tersebar kembali ke dalam ruang lain. Tamsilannya, begitu juga keamatan pada jarak tenaga pembakaran kilat yang dilemahkan ketika keadaan berkabus atau jerebu, dalam unit J/cm2, bersama-sama julat condong /mendatar letupan nuklear. Jadi, walaupun sebarang objek yang membentuk bayang-bayang tidak berkesan sebagai perisai daripada denyar dalam situasi kabus atau jerebu akibat fenomena serakan, kabus memberikan peranan perlindungan yang sama, tetapi secara umum hanya pada julat apabila kelangsungan hidup dalam keadaan terbuka hanyalah berlindung dari letupan tenaga kilat.[20]
Denyut haba juga bertanggungjawab ke atas pemanasan nitrogen atmosfera yang berhampiran bom, dan menyebabkan penciptaan komponen NOx kabut atmosfera. Ini, sebagai sebahagian daripada awan cendawan, ditembak ke dalam stratosfera di mana ia bertanggungjawab terhadap peleraian ozon di sana, dalam cara yang sama seperti pembakaran sebatian NOx. Jumlah yang dicipta bergantung kepada hasil letupan dan persekitaran letupan itu. Kajian yang dilakukan ke atas kesan menyeluruh letupan nuklear terhadap lapisan ozon sekurang-kurangnya tidak memberi kesan buat sementara waktu selepas penemuan awalnya yang tidak menggalakkan.[21]

Kesan tidak langsung

Denyut elektromagnet

Sinar gamma daripada letupan nuklear menghasilkan elektron bertenaga tinggi melalui serakan Compton. Bagi letupan nuklear altitud tinggi, elektron ini terperangkap dalam medan magnet Bumi pada ketinggian antara dua puluh dan empat puluh kilometer di mana ia berinteraksi dengan medan magnet Bumi untuk menghasilkan denyut elektromagnet nuklear (NEMP) koheren yang berlangsung selama kira-kira satu milisaat. Kesan sekunder pula boleh bertahan selama lebih daripada satu saat.
Denyutan tersebut cukup kuat untuk menyebabkan objek logam sederhana panjang (seperti kabel) untuk bertindak sebagai antena dan menjana voltan tinggi kerana interaksi dengan denyut elektromagnet. Voltan ini boleh memusnahkan peranti elektronik yang tidak dilindungi. Tiada kesan biologi yang diketahui oleh EMP. Udara terion juga mengganggu isyarat radio yang biasanya akan melantun dari ionosfera.
Peranti elektronik boleh dilindungi dengan dibungkus sepenuhnya di dalam bahan konduktif seperti kerajang logam; keberkesanan perlindungan yang berkenaan mungkinlah tidak sempurna. Perlindungan yang sebenar adalah suatu perkara yang kompleks kerana banyak pembolehubah yang terlibat. Semikonduktor, terutamanya litar bersepadu, amat mudah terdedah kepada kesan EMP kerana simpang PN yang berdekatan, tetapi ini tidak berlaku dengan tiub termionik (atau injap) yang agak kebal terhadap EMP. Sangkar Faraday tidak menyediakan perlindungan daripada kesan EMP kecuali jejaring yang direka mempunyai lubang yang tidak lebih besar daripada panjang gelombang yang paling kecil yang dipancarkan daripada letupan nuklear.
Senjata nuklear besar yang diletupkan di altitud tinggi juga menyebabkan arus teraruh secara geomagnetik dalam konduktor elektrik yang sangat panjang. Mekanisme penjanaan arus teraruh secara geomagnetik adalah sama sekali berbeza daripada denyut teraruh oleh sinar gamma yang dihasilkan oleh elektron Compton.

Kegelapan radar

Rencana utama: Kesan Christofilos
Haba letupan menyebabkan udara di kawasan itu untuk menjadi terion, mewujudkan bola api. Elektron bebas dalam bola api memberi kesan kepada gelombang radio, terutama pada frekuensi yang lebih rendah. Ini menyebabkan kawasan yang besar dari langit untuk menjadi legap kepada radar, terutamanya yang beroperasi dalam frekuensi VHF dan UHF, yang biasa untuk radar amaran awal jarak jauh. Kesannya adalah kurang untuk frekuensi yang lebih tinggi dalam gelombang mikro, serta tidak terlalu lama - kesan berkurangan dari segi kekuatan dan frekuensi yang terlibat apabila bebola api menjadi sejuk dan elektron mula membentuk semula pada nukleus bebas.[22]

Peranan Ahli Keluarga dalam Membentuk Amalan Mulia dalam Diri Anak-Anak

"Berikan aku 10 orang remaja waja, pasti aku bisa menggegarkan dunia". Kata-kata penuh semangat dan makna ini telah dilafazkan oleh mantan Presiden Indonesia, Soekarno, yang membawa erti bahawa generasi muda merupakan tonggak dan tulang belakang sesebuah negara. Dalam era pascaglobalisasi yang dilingkari dengan kemajuan alaf digital yang mencabar akal dan minda, anak-anak muda hari ini mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ahli keluarga amnya seperti datuk, nenek, abang, kakak, ibu dan bapa saudara terdekat dan ibu bapa khasnya, perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Generasi muda hari ini semakin dangkal dengan sifat-sifat dan nilai-nilai kemasyarakatan serta amalan-amalan mulia seperti tolong-menolong, hormat-menghormati dan kesantunan tingkah laku terutamanya terhadap golongan yang lebih tua. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral dan amalam-amalan mulia supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

Sudah termaktub bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Hal ini demikian kerana kehidupan mereka dipenuhi dengan kasih sayang sehingga tiada ruang kosong di hati dan minda untuk diisi dengan perkara-perkara yang memudaratkan. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Menyusuri prakarsa perdana yang tidak kurang pentingnya adalah ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Malah, sekiranya usia anak pertama dalam keluarga jauh berbeza dengan adik-adiknya, maka anak pertama juga berperanan dalam menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya dengan bersikap rajin belajar, menghormati ibu bapa, rajin membantu segala kerja rumah dan sebagainya. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Malah, sikap ibu bapa seperti ini sesuai diibaratkan dengan aforisme bijak pandai pujangga lama iaitu bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Sudah semestinya pengajaran yang baik tidak akan terkesan dalam diri anak-anak jika ibu bapa bertindak sebaliknya. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak  yang merokok dan gemar bermain gajet sehingga lewat malam sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa persis kata mutiara bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Tertulis sejak azali lagi bahawa ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai  contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sama. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka  dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas, memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada  mereka  agar membesar sebagai  insan bijaksana dan beretika. Menurut ahli sains Albert Einstein, ilmu tanpa agama adalah buta manakala agama tanpa ilmu adalah lumpuh. Hal ini bermaksud, ilmu dunia dan ilmu akhirat haruslah seimbang sekiranya kita ingin membentuk generasi yang padu dari segi fizikal dan spiritual.

Rentetan daripada permasalahan sosial yang kian kronik pada era digital ini, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka.  Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Sebagai analoginya, jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, tentulah kita terkena tempias bauan wanginya, sebaliknya jika kita berkawan dengan si tukang besi, pasti kita turut terkena panas bahang apinya. Walau bagaimanapun,  ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang iaitu berdarah setampuk pinang, berusia setahun jagung, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

Wahana yang tidak kurang signifikannya dalam membentuk sahsiah amalan mulia dalam diri generasi pewaris negara ialah ibu bapa mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke kampung apabila tiba cuti sekolah. Hal ini kerana datuk dan nenek juga berperanan dalam mempengaruhi sikap cucu-cucunya malah berhak untuk memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pewaris mereka. Orang tua kebanyakkan mempunyai prinsip kehidupan dan pengalaman yang tidak ternilai. Sekiranya anak-anak meluangkan masa di kampung, menjalani kehidupan yang sederhana bersama datuk dan nenek, maka banyak yang dapat dipelajari oleh mereka terutamanya nilai-nilai kehidupan masyarakat di kampung. Sudah semestinya kehidupan masyarakat bandar yang dipenuhi dengan kesibukan mengejar materialistik serta sikap individualistik yang tebal bak peribahasa, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, amat berbeza dengan kehidupan dengan masyarakat kampung yang memegang prinsip peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.  Natijahnya, anak-anak akan terkesan dengan nilai kehidupan masyarakat kampung yang saling bergotong-royong, tegur menegur terutamanya apabila melibatkan aktiviti seperti majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis cukur jambul dan sebagainya. Prinsip muafakat membawa berkat jelas terpampang dalam kehidupan harian yang akan menjadi contoh nyata kepada anak-anak yang menghabiskan cuti mereka di kampung.


Sebagai menyimpulkan segala intipati pokok perbincangan tentang peranan ahli keluarga dalam menyemai nilai-nilai atau amalan-amalan mulia dalam kehidupan generasi pewaris negara, ahli keluarga amnya, dan ibu bapa khasnya perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Mutiara kata ada berbunyi, "Mendidik anak yang kecil, ibarat mengukir di atas batu, manakala mendidik anak yang dewasa, ibarat mengukir di atas air." Sudah terang lagi bersuluh, mendidik sahsial mulia kepada anak-anak bukannya mudah dan harus dimulakan seawal kelahiran mereka ke jagatraya ini. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.  Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Benih mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur  dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan  anak-anak yang  keperibadian terpuji, bersahsiah dan   dapat membantu negara untuk merealisasikan visi kudsi negara dan Gagasan Satu Malaysia.
Diubah suai dan dibuat penambahan daripada :-

Peranan Remaja Dalam Menghargai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara

PENDAHULUAN:-
  • Negara kita banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan setelah kemerdekaan diraih sejak 1957.
  • Kemerdekaan telah berjaya memberikan rakyat Malaysia kualiti kehidupan yang lebih selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.
  • Malaysia sudah mampu melakar kedudukan yang lebih kukuh dalam semua bidang sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial.
  • Semua pihak sama ada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta, profesional, buruh, petani, nelayan dan belia serta remaja mempunyai tanggungjawab besar untuk mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan yang kita capai.
  • Pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam mengisi kemerdekaan negara.
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Remaja sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari 500 tahun.
  • Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat memupuk semangat cinta akan negara yang tidak bertepi.
  • Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
  • Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara. 
  • Remaja mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, kepakaran untuk negara pada bila-bila masa.
  • Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang tua, anak-anak yatim, OKU dan sebagainya.
  • Remaja mestilah memanfaatkan segala potensi diri demi membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang dan cinta akan negara.
  • Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan penuh kecekapan dan berintegriti.
  • Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh merencatkan perkembangan kemajuan negara.
  • Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan agar menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
  • Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negara apabila tiba masanya.
  • Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
  • Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas membawa kebaikan kepada semua.
PENUTUP:-
  • Kepesatan kemajuan dan keutuhan perpaduan yang dicapai amat membanggakan kita.
  • Kita yakin kita mampu pergi lebih jauh lagi dengan adanya sumbangan positif daripada semua pihak.
  • Kemerdekaan ialah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kita dan mestilah didukung berterusan oleh generasi muda hari ini.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.