Soalan Contoh
Malaysia telah membuktikan kemampuannya untuk menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa dengan jayanya.
Huraikan kesan positif penganjuran sukan pada peringkat antarabangsa kepada negara kita.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- Sukan merupakan wadah untuk menyatupadukan masyarakat - menaikkan nama Malaysia di persada dunia
Isi-isi
i. kedatangan pelancong asing semakin meningkat
ii. mendapat liputan yang meluas dari seluruh dunia
iii. dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama
iv. wadah untuk perpaduan
v. meningkatkan mutu sukan negara
Penutup
- penganjuran sukan di peringkat antarabangsa terbukti mendatangkan pelbagai kesan positif
Karangan Contoh
Sukan merupakan aktiviti yang baik untuk dilakukan kerana
melibatkan pergerakan fizikal. Selain itu, aktiviti sukan turut
megharumkan nama Malaysia di persada dunia. Negara kita sendiri telah
berjaya menganjurkan beberapa kejohanan sukan peringkat antarabangsa
seperti Sukan Komanwel 1998, Grand Prix Formula One, Le Tour de
Langkawi, Monsoon Cup dan sebagainya. Kejayaan penganjuran
kejohanan-kejohanan tersebut telah memberikan imej yang positif kepada
negara kita pada peringkat antarabangsa. Hal ini telah membuktikan
bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Kejayaan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap Malaysia daripada pelbagai aspek.
Kesan positif yang paling ketara dapat kita lihat ialah
kedatangan pelancong asing semakin meningkat ke negara kita. Melalui
penganjuran sukan bertaraf dunia, industri pelancongan sukan di negara
kita akan mengalami kemajuan. Hal ini sekali gus mampu menjana ekonomi
negara dari segi tukaran mata wang asing. Sebagai contohnya, penganjuran
kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan secara tahunan di Malaysia
seperti Grand Prix Formula One dan Le Tour de Langkawi telah berjaya
menarik banyak pelancong asing, bak kata pepatah, “Di mana ada gula, di situ ada semut”.
Para pelancong berkunjung ke Malaysia semata-mata untuk menonton
pertandingan sukan ini secara langsung. Di samping itu, pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelancongan dapat mempromosikan Malaysia kepada
masyarakat antarabangsa. Hal ini akan menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara yang mapan. Oleh itu, penganjuran sukan antarabangsa
perlu diteruskan kerana banyak memberikan manfaat kepada ekonomi negara
kita.
Kejohanan sukan yang berprestij pastinya akan mendapat liputan
yang meluas dari seluruh dunia. Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan
kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh
menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio. Banyak
siaran langsung dibuat oleh negara-negara yang mengambil bahagian untuk
melaporkan perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara
masing-masing. Oleh itu, masyarakat dari seluruh dunia dapat menyaksikan
kejohanan sukan yang diadakan di negara kita. Secara tidak langsung,
orang yang tidak tahu akan kewujudan Malaysia akan mengenalinya melalui
liputan-liputan yang disampaikan. Perkara ini akan meningkatkan imej
Malaysia ke seluruh dunia.
Selain itu, melalui penganjuran sukan antarabangsa, negara kita
dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara yang
terlibat. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat dengan
adanya penglibatan dalam bidang sukan. Sebagai contohnya, Malaysia telah
menjalin hubungan kerjasama dengan beberapa buah negara di Asia dan
Eropah bagi memajukan sukan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila
para pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri upacara perasmian dan
penutupan sesuatu kejohanan. Dengan cara itu, sudah pasti para pemimpin
tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan
diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya
hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat,
tentunya negara kita akan mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek.
Di samping itu, kita sering mendengar ungkapan bahawa sukan
merupakan wadah untuk perpaduan. Melalui penganjuran sukan antarabangsa,
kita dapat mengeratkan perpaduan sejagat antara masyarakat dari seluruh
dunia. Sebarang pertelingkahan, pergaduhan dan permusuhan dapat
dilupakan dan mereka dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan.
Sebagai contohnya, semasa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia iaitu
ketika Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia pada
peringkat akhir, mereka masih boleh bergurau antara satu sama lain dan
berpelukan sebagai tanda persahabatan. Hal ini menunjukkan bahawa
perpaduan melalui penganjuran sukan juga boleh diwujudkan kerana sukan
dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum. Oleh itu, nama Malaysia
akan dijulang sebagai juara perpaduan kerana sikap kerjasama dan
toleransi "bagai aur dengan tebing".
Selain agen perpaduan, penganjuran sukan peringkat antarabangsa
ini juga akan meningkatkan mutu sukan negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana ahli sukan di negara kita dapat menyaksikan kehebatan
ahli sukan dari seluruh dunia bertanding di negara kita. Bagi ahli sukan
di negara kita yang bertanding dalam sesuatu acara itu, sudah pasti
mereka akan mendapat suntikan semangat yang lebih daripada
penyokong-penyokong tempatan. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih
bersemangat untuk bertanding. Selain itu, mereka akan membuat persediaan
yang lebih rapi dan membiasakan diri dengan gelanggang perlawanan
sebenar untuk membuktikan bahawa kejayaan akan menjadi milik negara kita
sendiri di samping slogan Malaysia Boleh.
Kesimpulannya, penganjuran sukan pada peringkat antarabangsa
terbukti mendatangkan pelbagai kesan positif terhadap perkembangan
negara kita. Di samping itu, kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan bagi mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa.
Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa membida hak untuk
menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dengan lebih kerap
agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, penganjuran sukan
juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir
ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”.
Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi
penganjur kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa akan menjadi kenyataan.
Oleh Nurul Natasha Shahduddin, 6A2.
asalammualikum.maaf menganggu.saya nak minta izin untuk dapatkan isi isi dekat atas.
ReplyDeleteAssalamualaikum saya pon nak mintak izin untuk gunakan beberapa isi penting daripada teks. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam..mintak izin ye ambil sikit isi ii teks. Terima kasih:)
ReplyDeleteSalam.mintak copy paste semua boleh
ReplyDeletebaik
ReplyDeleteAmbik sikit
ReplyDeleteAmbik isi skit,tq
ReplyDeleteizin ambil isi ya
ReplyDeleteSya mntk izin untuk ambil skit isi dan ayat ye..
ReplyDeleteHalalkan saya copy ya
ReplyDeleteMintak izin ambik isi ye...
ReplyDeleteSaya minta izin ambil sedikit isi dari sini ya?
ReplyDeleteterbaiklah
ReplyDeleteIa dapat bantu saya untuk siapkan kerja saya dengan baik
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Izinkan saya ambil isi2 di atas.. Terima kasih
ReplyDeleteMitok izin nk guno
ReplyDeleteAssalamualaikum, Minta izin nak ambil isi Di atas guna utk bahan belajar
ReplyDeleteMinta izin ambil isi ye..tq
ReplyDeleteMinta izin untuk guna ya..tq
ReplyDeleteSaya minta izin yaa untuk mencari sedikit maklumat dalam teks ini
ReplyDeleteSaya mintak izin juga utk ambil isi Di atas tq
ReplyDeleteSaya minta izin untuk ambik isi isi penting atas ni ye
ReplyDeleteminta izin ambik yaaa
ReplyDeletesye pun nak amik sikit ye terima kasih
ReplyDeleteterbaik bos
ReplyDelete